puase ohh puase

Alhamdulillah kita da masuk bulan yang paling mulia untuk umat Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak
InsyaAllah aku akan menjalani ibadah ini dengan sebaiknya
dan semoga kita dapat mencari LAILATUL QADAR, insyaAllah
azamku untuk Ramadhan kali ini..
AMIN

selamat berpuasa yerr kawan-kawan
xkira di mana anda berada = kuala kangsar,ipoh,kl,johor mahupun nun di France or US,,
puase ttp puase yerr :)
mish u guyz
tp jgn rindu aku yerr ,,ngehehehe

ok kite revise balek psl PUASE nih yerr

ni dpt dr SMART GROUPku syg,,
hehe thanx 4 the sharing :)

Maksud puasa: Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat.


Syarat wajib puasa:
1. Islam
2. Sampai umur(akil baligh)
3. Berakal
4. Berdaya berpuasa
5. Bermukim


Syarat sah berpuasa:
1. Islam
2. Berakal
3. Suci daripada haid atau nifas
4. Masuk waktu puasa
5. Niat
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa


Fadhilat puasa:
1. Mendekatkan diri dengan Allah SWT
2. Mengawal syahwat
3. Menyelamatkan seseorang dari neraka
4. Menjanjikan syurga
5. Pengampunan dosa


Perkara yang membatalkan puasa:
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
2. Muntah dengan sengaja (jika termuntah tidak batal puasa)
3. Bersetubuh
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja
5. Kedatangan haid atau nifas
6. Gila walaupun hanya sekejap
7. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari
8. Bersalin
9. Berbuka puasa yakni sebelum terbenam matahari
10. Murtad



Golongan yang dibolehkan berbuka:
1. Orang sakit
2. Orang musafir yang melebihi 2 marhalah
3. Ibu yang hamil
4. Ibu yang menyusukan anak
5. Orang yang terlalu tua
6. Orang yang sentiasa bekerja berat
7. Orang yang mendapat mudarat sekiranya meneruskan puasanya kerana terlalu lapar

and the most important thing isNIAT

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى   
 
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

atau

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
 
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

~fara sakura~
marhaban ya ramadhan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...