AKU INI WANITA

kali ini abg ben muncul dengan segmen AKU INI WANITA

kisah aku sebagai seorang yang bergelar perempuan

Ini adalah kisah kita bersama bagi yang bergelar perempuan..wanita macam matured sangat pulak heee

------------------------------------------------------------------

Perempuan
Makhluk Tuhan yang istimewa
Walaupun lahir dari rusuk seorang lelaki
Walaupun dia dianggap lemah
Namun dia sangat cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup ini
Tak pernah gentar
Tak pernah undur
Dia sentiasa mara ke hadapan

Perempuan
Hatinya amat suci
Selembut sutera sedamai saujana
Tak jemu mata memandang
Dialah anugerah Allah yang paling bereerti
bagi insan yang bergelar suami

Perempuan
Kehadirannya dalam hidup lelaki
Bukan untuk dicerca dan dimaki
Tapi hanya menagih kasih yang sejati
Harapan di hati hanya satu
Mengharap cinta abadi hingga akhir waktu

------------------------------------------------------------------

nukilan insan biasa yang bergelar perempuan...hanya satu pinta,
hormatilah perempuan dan sayangilah mereka
walaupun siapa pun mereka, mereka adalah perempuan

until then----

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...