SEINDAH TAKDIR



hallo semua ....salam alaik dan selamat malam...sebelum fara paparkan episod akhir seindah takdir, fara nak mengucapkan terima kasih sebab korang dah luangkan masa baca cerpen fara yang tak seberapa nih :) terima kasih tau...

sebelum tu fara nak mintak maaf kalau ada nama yang nak masuk dalam cerpen ni tak ada..contoh cik nab dan ezad..nama korang akan diforwardkan untuk cerpen kedua fara okeh :) lagi satu atie ada tanya apa jadi dengan Lan...tunggu okeh...dia mungkin akan muncul dalam cerpen yang akan datang...


fara nak preview episod awal sampai la akhir...selamat membaca ! jangan lupa comment pendapat anda supaya fara dapat improve di cerpen akan datang...sayang semua ! astalavista ! adios !



“Lan, esok free tak ? Jom kita keluar.”ujar Yana. “Ala Yana ni, Lan banyak kerja la. Kat ofis tu, melambak kerja nak kena siapkan. Yana ape tahu…Asyik nak keluar je ajak Lan… Shasha dengan Haja kan ada! Pergi la dengan diaorang..Dah dah, Lan nak masuk ofis dulu. Bye” balas Lan dengan angkuh….

Lan pun berlalu pergi meninggalkan Yana yang terpinga-pinga sendirian. Yana agak kebingungan. Sikap Lan semakin hari semakin pelik. Tiada lagi kata-manis ketika berjumpa seperti dulu. Tiada lagi ucapan sayang. Lan benar-benar dah berubah! Air mata mula mengalir di pipi mulus Yana. Hatinya mengeluh sendiri, “Mungkin Lan tension agaknya kan. 

Sabar ye Yana. Ko Kuat! Chaiyok chaiyok“ Tangannya pantas mendail no telefon Shasha dan Haja.

Keesokan harinya…

Lokasi : MPH, MidValley

Yana, Shasha dan Haja sedang asyik mencari bahan bacaan masing-masing. Mereka bertiga berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Namun masing-masing memiliki citarasa tersendiri. Shasha amat meminati fesyen dan Haja pula gemarkan buku yang berkaitan aktiviti lasak dan sukan. Bagi Yana pula, sejak kecil lagi dia memang gilakan novel. Rakan-rakannya menggelarkan dia “Hantu Novel”. Dia sanggup mengikat perut semata-mata untuk memiliki novel yang diidamkan.

Yana berjalan-jalan di bahagian novel. Sedang dia asyik melihat-lihat novel-novel karya Damya Hanna yang menjadi penulis kegemarannya, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang membawa buku-buku ke kaunter. Yana terkejut. Buku-buku itu terpelanting terkena muka lelaki itu.

“Maaf ya encik. Saya tak sengaja”, ujar Yana ketakutan.”Eh, takpe saya dah biasa dilanggar orang. Hahaha Mungkin ini takdir kita untuk berjumpa. Mana tahu. ”, lelaki itu senyum kambing kat Yana. “Gila ke dia nih?”, hati Yana berbisik.Nasib baik la muka boleh tahan ala-ala pelakon Hollywood Brad Pitt tu. Yana tergelak sendiri.

“Saya Hafiz. Dr. Hafiz. Awak?” ujar lelaki itu. “Saya Dayana. Panggil Yana je.”balas Yana ringkas.

“Yana, jom la cepat! Movie dah nak mula.”jerit Haja dari jauh. Suara Haja memecah suasana di MPH. Mereka sudah terlambat untuk menonton cerita Date Night. “Saya pergi dulu la yer. Anyway nice to meet u.” Yana pun berlalu dengan pantas.

Tanpa diduga, Yana tertinggal gelangnya yang terjatuh akibat perlanggaran itu. Hafiz terperasan akan gelang tersebut dan mengambilnya. “Semoga takdir yang indah menemukan kita lagi” tiba-tiba terkeluar ayat itu dari bibirnya.
Hafiz pulang ke rumah dengan hati yang girang. Entah kenapa, dia tersenyum sendiri. Mungkinkah ini cinta pandang pertama, dia sendiri pun tak pasti.

Selang beberapa hari kemudian, Yana dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.
Tiba-tiba, handphonenya berdering. “Hello sayang aku tengah drive la nihh. Ni mesti nak pesan nak beli makanan la kan kan?”balas Yana mesra.

“Ala babe ,  ko bukan tak tahun aku. Perut naga plus buaya ..  Aku lapar la. Ko belikan aku KFC tau. Nak Dinner Plate, air strawberry dengan cheezy wedges. Eh eh aku nak nugget jugak.” Ujar Mizah, housemate Yana.
Mizah dan Yana sudah lama kenal. Sejak di MRSM TGB lagi. Hubungan mereka bagai isi dan kuku.

“Amboi, tak boleh banyak lagi ke? Kata kat aku nak diet la. Nanti jangan bising-bising cakap ko tu gemuk la badan tak cantik la yer.”bidas Yana. “Yela cik adik oi. Cepat sikit balik ok? Naga dah lapar.”balas Mizah.

Yana memberhentikan keretanya di KFC berdekatan. Tiba-tiba Yana teringat akan keistimewaan tempat itu. Ya! Tempat inilah yang mempertemukan dia dan Lan. Dia tersenyum sendiri. “Alangkah indahnya pada waktu itu. Lan, I miss u!”hati Yana berkata.

Tanpa berlengah lagi,Yana pun terus menuju ke kaunter. Suasana di dalam KFC itu sangat bising. Dalam di sebalik kebisingan itu, ada teruna dan dara sedang asyik bermanja. Perlakuan mereka amatlah membuatkan orang di sekeliling menyampah melihatnya. Mereka ketawa dan bergurau senda sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.

 Pesanannya agak lambat sampai. Hati Yana tertarik-tarik untuk melihat siapakah gerangan pasangan itu. Hatinya tiba-tiba terasa seperti ditarik-ditarik untuk menoleh ke arah mereka. Apabila kepalanya dipalingkan, Yana terlihat sesuatu yang meremukkan hatinya namun dia cepat-cepat beristighfar dalam hati. Yana tahu dia harus bersikap rasional dan tidak bertindak mengikut perasan.

Setelah pesanan siap, Yana perlahan-lahan pergi ke meja itu. Pemuda itu terkejut melihat kehadiran Yana di situ. 
Mukanya terselah kegelisahannya. Yana tersenyum. “Eh Yana buat apa kat sini? ”, ujar Lan tergagap-gagap. “Sayang, siapa perempuan kolot ni. ”, ujar perempuan di sebelahnya. Yana cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Yana, ini semua salah faham. I boleh explain kat you ok. “ujar Lan meminta simpati. ”Sayang apa semua ni. You kata I ni kekasih you. Perempuan ni siapa? You jangan main-main !”marah perempuan itu. Yana hanya terdiam tanpa kata.

Tanpa banyak bicara Yana bersuara, “Semoga Lan berbahagia dengan dia.” Yana pun berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang, Yana menangis teresak-esak. “Sampai hati Lan buat Yana macam ni. Apa salah Yana!”hati Yana berkata. Yana tidak dapat menumpukan perhatian penuh, dirinya masih lagi terkejut dengan peristiwa tadi. Sudah 5 tahun, mereka bercinta. Dan dengan tak sampai beberapa minit, mereka telah berpisah.
Pemanduan Yana menjadi tidak terkawal lalu keretanya merempuh penghadang jalan.

Nasib tidak menyebelahi Yana. Dia dibawa ke Hospital Selayang. Yana koma selama beberapa bulan.
Namun disebalik itu, ada hati yang kerap berdoa agar Yana cepat sembuh. Ada hati yang sentiasa memantau perkembangan Yana setiap hari setiap detik.


“Ya Allah, sembuhkanlah gadis ini. Aku amat menyayanginya semenjak kali pertama kami bertemu, aku yakin dia untukku. Sembuhkanlah dia Ya Rahman Ya Rahim.”doanya setiap hari.

Beberapa bulan kemudian, Yana sedar dari koma. Keadaanya masih lemah. Dia dirawat dibawah penjagaan Dr. Atie.

“Yana, ko da okey sekarang?”,ujar Mizah. “Aku sihat la.Minggu depan dah boleh keluar hospital yer.”ujar Yana gembira. Namun di dalam hatinya masih dalam dalam keadaan trauma.

“Aku harap dapat lupakan dia,”Yana bersuara perlahan. “Hey, apa ko cakap ni. Dah-dah aku tak nak ko ingat dia lagi tau ! Lelaki tak guna macam tu, baik ko lupakan je. Masuk dalam toilet lepas tu flush. Hahaha.”ujar Mizah.

“Terima kasih Mizah sebab bagi aku semangat! Aku tak tahu la hati ni mampu menerima cinta lagi ke tak. Dah berkecai dah pun.”kata Yana dengan nada yang kecewa.

“Yana, aku tau ko kuat ok! Ko ingat lagi tak masa ko break dengan Firuz tu. Ko kuat kan ! Lagipun buat pengetahuan kau, adalah sorang mamat ni tengah angau pasal kau tau… hehehe.”

“Ko jangan nak gembirakan hati aku pulak ye. Aku tau aku ni perempuan kolot je. Dah la tak reti bergaya, kelam pulak tu. Itu pasal Lan tinggalkan aku.”

“Ewah-ewah, mulut tu aku cili baru tau ! Ko ingat tak Hafiz ?”Tanya Mizah.

“Adoyai, Hafiz mana pulak. Ada banyak Hafiz yang aku kenal ni.”balas Mizah.

“Ala Dr. Hafiz yang ko jumpa dekat MPH JJ tu. Yang ko langgar dia tu. Alaa takkan tak ingat. Alamat keciwa la mamat tu. ”balas Mizah dengan nada pura-pura sedih.

“Ohhh dia tuh !!! Apasal pulak nak kaitkan aku dengan dia ? Tak nak la aku. Dah-dah tak nak cakap lagi soal cinta ok sayang?”Yana menjawab.

“Eleh jual mahal konon. Mamat hensem ala Brad Pitt tu ko tak nak ke? Baik punya orang tu. Ko tau tak, sepanjang ko koma, dia tu punyalah prihatin gila-gila la. Tak caya tanya Dr. Atie. Dia saksi nombor dua. Hahaha.”jawab Mizah sambil lewa.

Yana berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan Mizah. Dia mengganggap itu semua gossip yang dibuat-buat Mizah sahaja. Masakan Dr. Hafiz suka kat dia. Tak pernah nampak pun kat wad ni dia berkeliaran. Dia buat-buat mahu tidur kerana malas melayan kerenah sahabatnya itu. Makin dilayan makin menjadi. Gelak Yana sendirian.

Di luar wad itu, kelihatan seorang jejaka yang curi-curi dengar apa yang dikatakan mereka. Hatinya berkata,“Siap la kau aku confess nanti. Hehehe I LOVE LAH YANA !” Dia tersenyum-senyum di luar wad itu.

Kelakuannya disaksikan Dr. Atie.

“Dr. Hafiz, apa yang senyum-senyum tu. Nak tengok pesakit saya ke? Jom-jom saya kenalkan .”kata Dr. Atie.

“Eh mana ada, saya saja je jalan-jalan tengok kawasan hospital ni. Cantik jugak wad ni kan. Hehehe”balas Hafiz.

“Wad yang cantik ke penghuninya yang cantik. Sudah-sudah la tu berangan sorang-sorang. Apa kata luahkan apa yang terpendam dalam hati tu.  Kalau melepas saya tak tahu la yer. Saya pergi dulu”jawab Dr. Atie.

Dalam hati, Hafiz mengiakan apa yang dikatakan kawan sejawatnya itu. Dia memikirkan waktu yang sesuai untuk dia mengakui cintanya kepada cinta pandang pertamanya Yana. Namun di hatinya masih terselit perasaan risau sekiranya cintanya ditolak. Ini lah kali pertama dia jatuh cinta. Selama ini cintanya hanya pada kerjayanya namun setelah berjumpa dengan Yana, dia seperti tidak lengkap tanpa melihat wajah gadis itu. Sentiasa terbayang di mana-mana. Dia yakin takdir telah menemukannya. Dan sesungguhnya ia amat indah.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sesuatu yang amat berharga pada dirinya. Dia menyeluk sakunya dan mengeluarkan gelang emas putih. Gelang itu cukup bermakna buatnya. Milik gadis yang telah mencuri hatinya. Dia tersenyum sendiri  apabila teringat peristiwa pertemuan mereka. Sikap Yana yang kelam-kabut itu, wajahnya yang comel itu. Dia tak dapat melupakan sedetik pun saat itu. Hafiz benar-benar jatuh cinta.

Sebenarnya, setiap hari selepas Yana sedar dari koma, dia menerima sejambak bunga atau coklat dari Dr. Hafiz. Pada mulanya, dia agak rimas dengan pemberian itu. Namun lama-kelamaan hatinya yang layu mula berputik kembali tanpa dia sedari. Namun dia masih sukar mentafsir hatinya sendiri. Dia masih bingung akan kata hatinya. Adakah dia masih mencintai Lan ataupun hati kecilnya mula menerima Hafiz.

Suatu hari yang indah….

“Hai Yana, awak sihat?”ujar Dr. Hafiz. “Hai doktor saya dah bertukar ke? Hahaha. Dr. Atie kena pecat yer”gelak Yana. 

Yana agak segan di hadapan Hafiz namun dia berpura-pura nampak tenang. Hatinya sedikit gelisah dengan kehadiran Hafiz di situ. Tidak pernah lagi Hafiz mengunjunginya walaupun lebih kurang sebulan Yana sedar dari koma. Hanya bunga atau coklat yang singgah di wad Yana. Yana tertanya-tanya.
Mereka berdua senyap sahaja.

“Aik kenapa senyap je cik Dayana ni. Tak suka ye saya datang sini ? Siap berdoktor-doktor lagi dengan saya. Panggil Hafiz pun cukup la. Kalau nak mesra lagi panggil la sayang ke bang ke”ujar Hafiz dengan senyuman menggoda.

“Ei gatal ye doktor ni, opss Hafiz. Sekeh nanti baru tau. Hafiz pun panggil Yana, Dayana pulak kenapa? Just Yana ok,”balas Yana dengan pura-pura marah.

“Ala sayang, ehh Yana jangan marah yer. Abang saja je dating melawat calon isteri ni. Hehehe rindu nak tengok muka dia yang kiut macam momo chan.”Hafiz tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Amboi-amboi ini dah lebih, eii kena pelangkung jugak Hafiz ni.” Yana menjeling Hafiz.

“Jangan jelling-jeling tau, nanti jatuh hati baru tau. Hahahahaha.” Gelak besar Hafiz melihat perlakuan Yana. Muka Yana kini semakin merah kerana malu mendengar usikan Hafiz.

Sesungguhnya sikap Hafiz amat disenangi Yana. Hafiz berjaya membuat  gadis itu gelak dan tersenyum riang. Hampir setengah jam mereka berbual dan berkongsi cerita. Tanpa Yana sedari, hatinya mula menyenangi lelaki itu.


“Hello, anybody home ? Amboi asyik bercinta nampak! Ganggu tak nih ?”Dr. Atie dan Mizah masuk ke wad itu secara tiba-tiba. Mereka tersengih-sengih melihat kemesraan di antara Yana dan Hafiz. Hati mereka bersyukur kerana Yana dapat mengurangkan kemurungannya dan kembali normal seperti dulu.

“Eh takdenya. Kitaorang sembang je kan Hafiz ?”balas Yana.

“Hahaha tak tau tak tau. Yana jawab la sendiri. Hafiz pergi dulu ye sayang. Bye. ”jawab Hafiz sambil mengenyitkan mata ke arah  Yana.

Yana geram melihat perlakuan Hafiz yang mengada-ngada di hadapan Mizah dan Dr. Atie. Dia membaling bantal ke arah Hafiz namun terkena kawannya yang baru sahaja sampai, Qaseh.

“Ouch..Yana ! Sakit lagi pun boleh main-main yer. Nak kena nih.”ujar Qaseh. “Hehe sorry la babe, tak sengaja. Mamat kat belakang ko tadi yang patut kena. Sengal betul!”marah Yana.

“Eleh eleh marah konon, siapa mamat tu? Gewe baru yer ? Amboi-amboi pandai ye sekarang bercinta tak nak bagi tau aku. Takpe Takpe.”ujar Qaseh sambil merajuk.

“Mangkut tingkat kau ! Tak de masa la nak gewe-gewe dengan dia. Dia doktor kat sini la ! ” balas Yana.

“Heee secret admire ye! Cewahh Congrats la yerr.. Nah ini aku bawak ketam masak lemak cili api kat kau. Nasi pun ada sekali. Pasti umm dengan kicap. Hahaha mau?”jawab Qaseh sambil mengeluarkan makanan dari bekas yang dibawanya. Yana terliur melihat makanan yang dibawa Qaseh.

“Thanx ye Qaseh. Hee semenjak kau dengan Kyle tu, rajin pulak ko memasak. Heee makin sayang la dia kat kau yer . ”balas Yana.

Semenjak hari itu, setiap hari pasti Hafiz menjengah wad Yana dan pasti tidak dilupakan sejambak bunga atau coklat untuknya. Hubungan mereka semakin intim dan mereka banyak berkongsi cerita suka dan duka. Kehadiran Hafiz banyak membuat hari Yana bertambah gembira kerana Hafiz pandai menceriakan dan mengusik Yana.

Sebulan kemudian…..


Yana sudah sepenuhnya sembuh. Hari ini merupakan hari terakhir sebelum Yana meninggalkan hospital itu. Ketika itu, Hafiz sedang bersembang dengan Yana.

“Hafiz, hati Yana sudah dimiliki. Yana gembira sangat tau.”ujar Yana dengan senyuman yang paling manis.

“Siapakah lelaki itu? Hehehe Hafiz ye ? ”balas Hafiz dengan nada gembira.

“Eh tak adanya. Bukan Hafiz ye ! Jangan perasan. Eii perasannya hehehe. Hafiz kan penyebok antarabangsa.”ujar Yana dengan niat hanya untuk mempermainkan Hafiz.

Muka Hafiz nampak sedih sekali. Dia berlalu meninggalkan Yana. Hatinya sungguh kecewa. Dia tak mampu lagi menahan perasaanya. Dia terasa dengan kata-kata Yana itu.

“Hafiz ! Hafiz ! Tunggu dulu . Yana tak cerita lagi siapa dia !” jerit Yana.

Hafiz menoleh lalu berkata,“Tak apalah Yana, mulai hari ini, Hafiz tak ganggu Yana dah. Semoga kau berbahagia.”

Yana tersentak mendengar kata-kata itu. Dia terduduk. Dia telah kehilangan orang yang dia sayang! Niatnya yang tadi untuk mempermainkan perasaan kekasih hatinya telah musnah. Hafiz salah anggap. Hafiz pun berlalu pergi.

“Hafiz, Yana sayang Hafiz la..”jerit Yana sekuat mungkin
Hafiz berpaling dan tersenyum. Jeritnya dari jauh,“Yes, I love you too sayang.”

Keesokan harinya….

Yana nampak muran sekali. Dia menunggu sekiranya Hafiz ada datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. 

Namun bayang-bayangnya tak kunjung tiba. Yana mengeluh sendiri. Dari tadi dia asyik melihat pintu dan jam sahaja. Dia mengharap Hafiz akan tiba.

Namun tanpa dijangka, satu surat diserahkan kepada dirinya.

Yana,
Hafiz telah menerima cadangan ibuku untuk menikahkan diriku dengan anak sahabat karibnya. Hafiz minta maaf Yana. Hafiz tak mampu menolak permintaan ibu. Ibu adalah segala-galanya untuk Hafiz. Hafiz tak mampu untuk berkata tidak. Syurga Hafiz di bawah tapak kaki ibu Hafiz.
Hafiz sangat mencintai Yana. Hafiz akan simpan memori indah kita berdua.
Terima kasih Yana. Semoga kau berbahagia dengan insan yang lebih menyintaimu.
Hafiz.

Yana tersentak dan air mata dia mengalir deras. Dia sekali lagi kehilangan orang yang dia sayang. Yang lebih pahitnya, bukan untuk sebentar kehilangannya itu. Tetapi untuk selamanya. Hafiz bakal menjadi milik orang lain.

Bermacam-macam perkara berlegar-legar di minda Yana. Dia rungsing,“ Arrgghh persetan kan semua nih !”

Handphone Yana berdering tiba-tiba.

“Salam ma, kenapa tiba-tiba telefon ni. Ada benda penting ke ?”balas Yana.

EPISOD AKHIR ........



“Mama nak kamu balik minggu depan tau. Ada perkara penting mama nak bagi tahu kamu. Wajib kamu balik. Jangan nak melawan !”ujar mama.

“Yela nanti Yana ambil cuti okey. Mama tunggu jela Yana sampai kat rumah tu. Jangan risau”balas Yana.

Hatinya berdebar-debar seakan sesuatu yang penting bakal berlaku. “Ah takkan mama buat bukan-bukan pulak kan, balik je la. Mana tahu angah nak kahwin ke. Takkan aku pulak. Aku kan masih muda,”Yana cuba menenangkan dirinya dan menidakkan persoalan yang mungkin membuatkan dia lebih gelisah.

Yana mengambil cuti selama seminggu kerana sudah lama dia tidak pulang ke kampung. Dia juga mahu menenangkan dirinya selepas mengetahui berita pernikahan Hafiz dengan calon pilihan ibunya.

“Mama dah terima lamaran anak kawan mama untuk kamu. Kamu akan bernikah lebih kurang sebulan dari sekarang. Pasal barang-barang, semua mak dah bereskan.”ujar mama dengan nada tegas.


“Ma apa nih?? Kenapa Yana mak ! Tolong la ma jangan paksa Yana. Plz ma.”rayu Yana. Dia tahu ketegasan mamanya tiada tandingannya. Ayahnya pula hanya mendiamkan dirinya tanpa berkata apa-apa. Yana buntu.

“Ma, Yana tak kenal pun dia. Tolong la ma. Jangan jodohkan Yana. ”Yana merayu lagi. Dia menangis teresak-esak.

“Kamu jangan nak melawan. Dah petang nanti ikut pergi butik pengantin. Kita pilih baju kahwin kamu.”bidas mama.

YANA……..

Hari ini merupakan hari pernikahan aku. Sungguh hingga ke hari ini, aku masih tidak mengenali calon suamiku. Walaupun mama telah memberikan gambar-gambarnya namun tidak sekali pun aku sentuh. Hatiku masih pada Hafiz. 
Mungkin dia sudah berbahagia bersama calon isterinya, aku mengagak.

Air mata ku berguguran lagi. Entah berapa kali aku menangis hari itu. Aku terkenangkan Hafiz. Semoga dia berbahagia di saat ini. Aku terlalu menyayanginya namun mungkin takdir itu tak seindah yang aku jangka. Aku kehilangannya.

Aku mengeluh sendiri… Hmmm…

Tiba saat untuk menyarungkan cincin pernikahan.Jari ku disarungkan cincin. Tangan ku agak gementar apabila menyalami insan yang telah bergelar suamiku. Dia mencium dahiku. Aku masih lagi tidak berpaling untuk melihat mukanya. Hatiku remuk memikirkan aku sah menjadi milik insan lain dan bukannya Hafiz. Air mata membasahi pipi.

“Sayang, tak nak tengok abang ke ?”suara itu kedengaran. Aku cuba mengamati suara itu. Seperti biasa ku dengar. 

“Hafiz !”hatiku berteriak. Aku cuba melihat suamiku, dan dialah Hafiz insan yang ku cintai. Air mataku mengalir dengan lebih deras. Dia memelukku dengan erat.

“Dah-dah jangan menangis lagi. Ini adalah takdir kita untuk bersama ye sayang.”ujar Hafiz perlahan. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Sungguh aku puas, apabila mengetahu bakal suami ku adalah insan yang telah berjaya mencuri hati ini. Hafiz !

Rupa-rupanya, ibu Hafiz merupakan kawan karib mama ketika di UTP dulu. Alhamdulillah memang jodohku dan Hafiz berpanjangan. Sungguh indah ku rasa. Terima kasih mama ! Semoga takdir ku sentiasa indah bersama Hafiz dan hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.



-TAMAT-
jatuhkan komen anda di bawah..mekasehh

3 comments:

Nurul Hamizah said...

tamat dah~~.. tahniah farah, cerita yang menarik..jiwang ea..huhu lepas ni boleh buat cerita lagi..(^_^) hehe,
cam ne nak buat yang boleh scroll tu?

atie said...

Phewiitt..dh petang jumaat baru atie bc..haha..semalam balik kerja..masak2..mkn, smyg..tdo..haha
waa..nak tau psl lan!!!..cpt tuan tanah..cerita baru..ahha

atie said...

Phewiitt..dh petang jumaat baru atie bc..haha..semalam balik kerja..masak2..mkn, smyg..tdo..haha
waa..nak tau psl lan!!!..cpt tuan tanah..cerita baru..ahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...