..::: SEINDAH TAKDIR PART 1 :::...




 “Lan, esok free tak ? Jom kita keluar.”ujar Yana. “Ala Yana ni, Lan banyak kerja la. Kat ofis tu, melambak kerja nak kena siapkan. Yana ape tahu…Asyik nak keluar je ajak Lan… Shasha dengan Haja kan ada! Pergi la dengan diaorang..Dah dah, Lan nak masuk ofis dulu. Bye” balas Lan dengan angkuh….

Lan pun berlalu pergi meninggalkan Yana yang terpinga-pinga sendirian. Yana agak kebingungan. Sikap Lan semakin hari semakin pelik. Tiada lagi kata-manis ketika berjumpa seperti dulu. Tiada lagi ucapan sayang. Lan benar-benar dah berubah! Air mata mula mengalir di pipi mulus Yana.

Hatinya mengeluh sendiri, “Mungkin Lan tension agaknya kan. Sabar ye Yana. Ko Kuat! Chaiyok chaiyok“ Tangannya pantas mendail no telefon Shasha dan Haja. 
Keesokan harinya…

Lokasi : MPH, MidValley

Yana, Shasha dan Haja sedang asyik mencari bahan bacaan masing-masing. Mereka bertiga berkongsi minat yang sama iaitu membaca. Namun masing-masing memiliki citarasa tersendiri. Shasha amat meminati fesyen dan Haja pula gemarkan buku yang berkaitan aktiviti lasak dan sukan. Bagi Yana pula, sejak kecil lagi dia memang gilakan novel. Rakan-rakannya menggelarkan dia “Hantu Novel”. Dia sanggup mengikat perut semata-mata untuk memiliki novel yang diidamkan.

Yana berjalan-jalan di bahagian novel. Sedang dia asyik melihat-lihat novel-novel karya Damya Hanna yang menjadi penulis kegemarannya, dia terlanggar seorang lelaki yang sedang membawa buku-buku ke keaunter. Yana terkejut. Buku-buku itu terpelanting terkena muka lelaki itu. 

“Maaf ya encik. Saya tak sengaja”, ujar Yana ketakutan.”Eh, takpe saya dah biasa dilanggar orang. Hahaha Mungkin ini takdir kita untuk berjumpa. Mana tahu. ”, lelaki itu senyum kambing kat Yana. “Gila ke dia nih?”, hati Yana berbisik.Nasib baik la muka boleh tahan ala-ala pelakon Hollywood Brad Pitt tu. Yana tergelak sendiri.

“Saya Hafiz. Dr. Hafiz. Awak?” ujar lelaki itu. “Saya Dayana. Panggil Yana je.”balas Yana ringkas.

“Yana, jom la cepat! Movie dah nak mula.”jerit Haja dari jauh. Suara Haja memecah suasana di MPH. Mereka sudah terlambat untuk menonton cerita Date Night. “Saya pergi dulu la yer. Anyway nice to meet u.” Yana pun berlalu dengan pantas. 

Tanpa diduga, Yana tertinggal gelangnya yang terjatuh akibat perlanggaran itu. Hafiz terperasan akan gelang tersebut dan mengambilnya. “Semoga takdir yang indah menemukan kita lagi” tiba-tiba terkeluar ayat itu dari bibirnya.

Hafiz pulang ke rumah dengan hati yang girang. Entah kenapa, dia tersenyum sendiri. Mungkinkah ini cinta pandang pertama, dia sendiri pun tak pasti.

BERSAMBUNG---------

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...