..::: SEINDAH TAKDIR PART 2 :::...




Selang beberapa hari kemudian, Yana dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.
Tiba-tiba, handphonenya berdering. “Hello sayang aku tengah drive la nihh. Ni mesti nak pesan nak beli makanan la kan kan?”balas Yana mesra.

“Ala babe ,  ko bukan tak tahun aku. Perut naga plus buaya ..  Aku lapar la. Ko belikan aku KFC tau. Nak Dinner Plate, air strawberry dengan cheezy wedges. Eh eh aku nak nugget jugak.” Ujar Mizah, housemate Yana.

Mizah dan Yana sudah lama kenal. Sejak di MRSM TGB lagi. Hubungan mereka bagai isi dan kuku.
“Amboi, tak boleh banyak lagi ke? Kata kat aku nak diet la. Nanti jangan bising-bising cakap ko tu gemuk la badan tak cantik la yer.”bidas Yana. “Yela cik adik oi. Cepat sikit balik ok? Naga dah lapar.”balas Mizah.

Yana memberhentikan keretanya di KFC berdekatan. Tiba-tiba Yana teringat akan keistimewaan tempat itu. Ya! Tempat inilah yang mempertemukan dia dan Lan. Dia tersenyum sendiri. “Alangkah indahnya pada waktu itu. Lan, I miss u!”hati Yana berkata.

Tanpa berlengah lagi,Yana pun terus menuju ke kaunter. Suasana di dalam KFC itu sangat bising. Dalam di sebalik kebisingan itu, ada teruna dan dara sedang asyik bermanja. Perlakuan mereka amatlah membuatkan orang di sekeliling menyampah melihatnya. Mereka ketawa dan bergurau senda sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.
  
Pesanannya agak lambat sampai. Hati Yana tertarik-tarik untuk melihat siapakah gerangan pasangan itu. Hatinya tiba-tiba terasa seperti ditarik-ditarik untuk menoleh ke arah mereka. Apabila kepalanya dipalingkan, Yana terlihat sesuatu yang meremukkan hatinya namun dia cepat-cepat beristighfar dalam hati. Yana tahu dia harus bersikap rasional dan tidak bertindak mengikut perasan.

Setelah pesanan siap, Yana perlahan-lahan pergi ke meja itu. Pemuda itu terkejut melihat kehadiran Yana di situ. Mukanya terselah kegelisahannya. Yana tersenyum. “Eh Yana buat apa kat sini? ”, ujar Lan tergagap-gagap. “Sayang, siapa perempuan kolot ni. ”, ujar perempuan di sebelahnya. Yana cuba menahan air matanya daripada mengalir.

“Yana, ini semua salah faham. I boleh explain kat you ok. “ujar Lan meminta simpati. ”Sayang apa semua ni. You kata I ni kekasih you. Perempuan ni siapa? You jangan main-main !”marah perempuan itu. Yana hanya terdiam tanpa kata.

Tanpa banyak bicara Yana bersuara, “Semoga Lan berbahagia dengan dia.” Yana pun berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang, Yana menangis teresak-esak. “Sampai hati Lan buat Yana macam ni. Apa salah Yana!”hati Yana berkata. Yana tidak dapat menumpukan perhatian penuh, dirinya masih lagi terkejut dengan peristiwa tadi. Sudah 5 tahun, mereka bercinta. Dan dengan tak sampai beberapa minit, mereka telah berpisah.

Pemanduan Yana menjadi tidak terkawal lalu keretanya merempuh penghadang jalan. 

BERSAMBUNG------

3 comments:

arenyss dyla said...

nie awk buat sendiri ke..?huhu...
nice...ay pon ad..huu..if rjin..bley komen..huhu..:)

http://fyznyss.blogspot.com/2011/01/bila-hati-berbicara.html

Nurul Hamizah said...

hamizah==naga? haha, by the way.. nice story! can't wait utk sambungannya... (^_^)

Nurul Hamizah said...

hamizah==naga? haha, by the way.. nice story! can't wait utk sambungannya... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...