..::: SEINDAH TAKDIR PART 3 :::...

Nasib tidak menyebelahi Yana. Dia dibawa ke Hospital Selayang. Yana koma selama beberapa bulan.

Namun disebalik itu, ada hati yang kerap berdoa agar Yana cepat sembuh. Ada hati yang sentiasa memantau perkembangan Yana setiap hari setiap detik.

“Ya Allah, sembuhkanlah gadis ini. Aku amat menyayanginya semenjak kali pertama kami bertemu, aku yakin dia untukku. Sembuhkanlah dia Ya Rahman Ya Rahim.”doanya setiap hari.

Beberapa bulan kemudian, Yana sedar dari koma. Keadaanya masih lemah. Dia dirawat dibawah penjagaan Dr. Atie.

“Yana, ko da okey sekarang?”,ujar Mizah. “Aku sihat la.Minggu depan dah boleh keluar hospital yer.”ujar Yana gembira. Namun di dalam hatinya masih dalam dalam keadaan trauma.

“Aku harap dapat lupakan dia,”Yana bersuara perlahan. “Hey, apa ko cakap ni. Dah-dah aku tak nak ko ingat dia lagi tau ! Lelaki tak guna macam tu, baik ko lupakan je. Masuk dalam toilet lepas tu flush. Hahaha.”ujar Mizah.

“Terima kasih Mizah sebab bagi aku semangat! Aku tak tahu la hati ni mampu menerima cinta lagi ke tak. Dah berkecai dah pun.”kata Yana dengan nada yang kecewa.

“Yana, aku tau ko kuat ok! Ko ingat lagi tak masa ko break dengan Firuz tu. Ko kuat kan ! Lagipun buat pengetahuan kau, adalah sorang mamat ni tengah angau pasal kau tau… hehehe.”

“Ko jangan nak gembirakan hati aku pulak ye. Aku tau aku ni perempuan kolot je. Dah la tak reti bergaya, kelam pulak tu. Itu pasal Lan tinggalkan aku.”

“Ewah-ewah, mulut tu aku cili baru tau ! Ko ingat tak Hafiz ?”Tanya Mizah.

“Adoyai, Hafiz mana pulak. Ada banyak Hafiz yang aku kenal ni.”balas Mizah.

“Ala Dr. Hafiz yang ko jumpa dekat MPH JJ tu. Yang ko langgar dia tu. Alaa takkan tak ingat. Alamat keciwa la mamat tu. ”balas Mizah dengan nada pura-pura sedih.

“Ohhh dia tuh !!! Apasal pulak nak kaitkan aku dengan dia ? Tak nak la aku. Dah-dah tak nak cakap lagi soal cinta ok sayang?”Yana menjawab.

“Eleh jual mahal konon. Mamat hensem ala Brad Pitt tu ko tak nak ke? Baik punya orang tu. Ko tau tak, sepanjang ko koma, dia tu punyalah prihatin gila-gila la. Tak caya tanya Dr. Atie. Dia saksi nombor dua. Hahaha.”jawab Mizah sambil lewa.

Yana berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan Mizah. Dia mengganggap itu semua gossip murahan yang dibuat-buat Mizah sahaja. Masakan Dr. Hafiz suka kat dia. Tak pernah nampak pun kat wad ni dia berkeliaran. Dia buat-buat mahu tidur kerana malas melayan kerenah sahabatnya itu. Makin dilayan makin menjadi. Gelak Yana sendirian.

Di luar wad itu, kelihatan seorang jejaka yang curi-curi dengar apa yang dikatakan mereka. Hatinya berkata,“Siap la kau aku confess nanti. Hehehe I LOVE LAH YANA !” Dia tersenyum-senyum di luar wad itu.

BERSAMBUNG-----

1 comment:

atie said...

eh..ada nama kite la yg part 3 ni..hehe..erm..nak bc terus..cpt la cik penulis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...