..::: SEINDAH TAKDIR PART 4:::...



Kelakuannya disaksikan Dr. Atie.

“Dr. Hafiz, apa yang senyum-senyum tu. Nak tengok pesakit saya ke? Jom-jom saya kenalkan .”kata Dr. Atie.

“Eh mana ada, saya saja je jalan-jalan tengok kawasan hospital ni. Cantik jugak wad ni kan. Hehehe”balas Hafiz.

“Wad yang cantik ke penghuninya yang cantik. Sudah-sudah la tu berangan sorang-sorang. Apa kata luahkan apa yang terpendam dalam hati tu.  Kalau melepas saya tak tahu la yer. Saya pergi dulu”jawab Dr. Atie.

Dalam hati, Hafiz mengiakan apa yang dikatakan kawan sejawatnya itu. Dia memikirkan waktu yang sesuai untuk dia mengakui cintanya kepada cinta pandang pertamanya Yana. Namun di hatinya masih terselit perasaan risau sekiranya cintanya ditolak. Ini lah kali pertama dia jatuh cinta. Selama ini cintanya hanya pada kerjayanya namun setelah berjumpa dengan Yana, dia seperti tidak lengkap tanpa melihat wajah gadis itu. Sentiasa terbayang di mana-mana. Dia yakin takdir telah menemukannya. Dan sesungguhnya ia amat indah.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sesuatu yang amat berharga pada dirinya. Dia menyeluk sakunya dan mengeluarkan gelang emas putih. Gelang itu cukup bermakna buatnya. Milik gadis yang telah mencuri hatinya. Dia tersenyum sendiri  apabila teringat peristiwa pertemuan mereka. Sikap Yana yang kelam-kabut itu, wajahnya yang comel itu. Dia tak dapat melupakan sedetik pun saat itu. Hafiz benar-benar jatuh cinta.

Sebenarnya, setiap hari selepas Yana sedar dari koma, dia menerima sejambak bunga atau coklat dari Dr. Hafiz. Pada mulanya, dia agak rimas dengan pemberian itu. Namun lama-kelamaan hatinya yang layu mula berputik kembali tanpa dia sedari. Namun dia masih sukar mentafsir hatinya sendiri. Dia masih bingung akan kata hatinya. Adakah dia masih mencintai Lan ataupun hati kecilnya mula menerima Hafiz.

Suatu hari yang indah….

“Hai Yana, awak sihat?”ujar Dr. Hafiz. “Hai doktor saya dah bertukar ke? Hahaha. Dr. Atie kena pecat yer”gelak Yana. Yana agak segan di hadapan Hafiz namun dia berpura-pura nampak tenang. Hatinya sedikit gelisah dengan kehadiran Hafiz di situ. Tidak pernah lagi Hafiz mengunjunginya walaupun lebih kurang sebulan Yana sedar dari koma. Hanya bunga atau coklat yang singgah di wad Yana. Yana tertanya-tanya.
Mereka berdua senyap sahaja.

“Aik kenapa senyap je cik Dayana ni. Tak suka ye saya datang sini ? Siap berdoktor-doktor lagi dengan saya. Panggil Hafiz pun cukup la. Kalau nak mesra lagi panggil la sayang ke bang ke”ujar Hafiz dengan senyuman menggoda.

“Ei gatal ye doktor ni, opss Hafiz. Sekeh nanti baru tau. Hafiz pun panggil Yana, Dayana pulak kenapa? Just Yana ok,”balas Yana dengan pura-pura marah.

“Ala sayang, ehh Yana jangan marah yer. Abang saja je dating melawat calon isteri ni. Hehehe rindu nak tengok muka dia yang kiut macam momo chan.”Hafiz tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Amboi-amboi ini dah lebih, eii kena pelangkung jugak Hafiz ni.” Yana menjeling Hafiz.

“Jangan jelling-jeling tau, nanti jatuh hati baru tau. Hahahahaha.” Gelak besar Hafiz melihat perlakuan Yana. Muka 
Yana kini semakin merah kerana malu mendengar usikan Hafiz.

Sesungguhnya sikap Hafiz amat disenangi Yana. Hafiz berjaya membuat  gadis itu gelak dan tersenyum riang. Hampir setengah jam mereka berbual dan berkongsi cerita. Tanpa Yana sedari, hatinya mula menyenangi lelaki itu. 

BERSAMBUNG-----

1 comment:

atie said...

nak tau apa cter ngan si Lan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...