..::: SEINDAH TAKDIR PART 5 :::...



“Hello, anybody home ? Amboi asyik bercinta nampak! Ganggu tak nih ?”Dr. Atie dan Mizah masuk ke wad itu secara tiba-tiba. Mereka tersengih-sengih melihat kemesraan di antara Yana dan Hafiz. Hati mereka bersyukur kerana Yana dapat mengurangkan kemurungannya dan kembali normal seperti dulu.

“Eh takdenya. Kitaorang sembang je kan Hafiz ?”balas Yana.

“Hahaha tak tau tak tau. Yana jawab la sendiri. Hafiz pergi dulu ye sayang. Bye. ”jawab Hafiz sambil mengenyitkan mata ke arah  Yana.

Yana geram melihat perlakuan Hafiz yang mengada-ngada di hadapan Mizah dan Dr. Atie. Dia membaling bantal ke arah Hafiz namun terkena kawannya yang baru sahaja sampai, Qaseh.

“Ouch..Yana ! Sakit lagi pun boleh main-main yer. Nak kena nih.”ujar Qaseh. “Hehe sorry la babe, tak sengaja. Mamat kat belakang ko tadi yang patut kena. Sengal betul!”marah Yana.

“Eleh eleh marah konon, siapa mamat tu? Gewe baru yer ? Amboi-amboi pandai ye sekarang bercinta tak nak bagi tau aku. Takpe Takpe.”ujar Qaseh sambil merajuk.

“Mangkut tingkat kau ! Tak de masa la nak gewe-gewe dengan dia. Dia doktor kat sini la ! ” balas Yana.

“Heee secret admire ye! Cewahh Congrats la yerr.. Nah ini aku bawak ketam masak lemak cili api kat kau. 

Nasi pun ada sekali. Pasti umm dengan kicap. Hahaha mau?”jawab Qaseh sambil mengeluarkan makanan dari bekas yang dibawanya. Yana terliur melihat makanan yang dibawa Qaseh.

“Thanx ye Qaseh. Hee semenjak kau dengan Kyle tu, rajin pulak ko memasak. Heee makin sayang la dia kat kau yer . ”balas Yana.

Semenjak hari itu, setiap hari pasti Hafiz menjengah wad Yana dan pasti tidak dilupakan sejambak bunga atau coklat untuknya. Hubungan mereka semakin intim dan mereka banyak berkongsi cerita suka dan duka. Kehadiran Hafiz banyak membuat hari Yana bertambah gembira kerana Hafiz pandai menceriakan dan mengusik Yana.

Sebulan kemudian…..
Yana sudah sepenuhnya sembuh. Hari ini merupakan hari terakhir sebelum Yana meninggalkan hospital itu. Ketika itu, Hafiz sedang bersembang dengan Yana.
“Hafiz, hati Yana sudah dimiliki. Yana gembira sangat tau.”ujar Yana dengan senyuman yang paling manis.
“Siapakah lelaki itu? Hehehe Hafiz ye ? ”balas Hafiz dengan nada gembira.
“Eh tak adanya. Bukan Hafiz ye ! Jangan perasan. Eii perasannya hehehe. Hafiz kan penyebok antarabangsa.”ujar Yana dengan niat hanya untuk mempermainkan Hafiz.
Muka Hafiz nampak sedih sekali. Dia berlalu meninggalkan Yana. Hatinya sungguh kecewa. Dia tak mampu lagi menahan perasaanya. Dia terasa dengan kata-kata Yana itu.
“Hafiz ! Hafiz ! Tunggu dulu . Yana tak cerita lagi siapa dia !” jerit Yana.
Hafiz menoleh lalu berkata,“Tak apalah Yana, mulai hari ini, Hafiz tak ganggu Yana dah. Semoga kau berbahagia.”
Yana tersentak mendengar kata-kata itu. Dia terduduk. Dia telah kehilangan orang yang dia sayang! Niatnya yang tadi untuk mempermainkan perasaan kekasih hatinya telah musnah. Hafiz salah anggap. Hafiz pun berlalu pergi.

“Hafiz, Yana sayang Hafiz la..”jerit Yana sekuat mungkin

Hafiz berpaling dan tersenyum. Jeritnya dari jauh,“Yes, I love you too sayang.”

Keesokan harinya….

Yana nampak muran sekali. Dia menunggu sekiranya Hafiz ada dating untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Namun bayang-bayangnya tak kunjung tiba. Yana mengeluh sendiri. Dari tadi asyik melihat pintu dan jam sahaja. Dia mengharap Hafiz akan tiba.

Namun tanpa dijangka, satu surat diserahkan kepada dirinya oleh Dr Atie.

Yana, 
Pertama sekali, Hafiz ingin memohon kemaafan dari Yana kerana tak dapat hadir pada hari ini.
Hafiz telah menerima cadangan ibuku untuk menikahkan diriku dengan anak sahabat karibnya. Hafiz minta maaf Yana. Hafiz sangat mencintai Yana. Namun, Hafiz tak mampu menolak permintaan ibu. Ibu adalah segala-galanya untuk Hafiz. Hafiz tak mampu untuk berkata tidak. Syurga Hafiz di bawah tapak kaki ibu Hafiz.Hafiz akan simpan memori indah kita berdua.Semoga kau berbahagia dengan insan yang lebih menyintaimu

Insan kerdil,
Hafiz.

Yana tersentak dan air mata dia mengalir deras. Dia sekali lagi kehilangan orang yang dia sayang. Yang lebih pahitnya, bukan untuk sebentar kehilangannya itu. Tetapi untuk selamanya. Hafiz bakal menjadi milik orang lain. Baru sehari dia merasakan kebahagian dan kini dia harus kehilangannya.

Bermacam-macam perkara berlegar-legar di minda Yana. Dia amat rungsing,“ Arrgghh persetan kan semua nih !”

Handphone Yana berdering tiba-tiba.

“Salam ma, kenapa tiba-tiba telefon ni. Ada benda penting ke ?”balas Yana.

BERSAMBUNG---- 

nota besar : nantikan SEINDAH TAKDIR EPISOD AKHIR malam ini tepat jam 8 malam!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...