checklist selepas SPM !

Salam bloggers ♥ Selamat berhujung minggu ye... Wahh fara nampak ramai yang tengah busy berblogging, berfacebooking berskyping bermacam-macam lagi la...

Fara ? Haaa baru je nak online.. So apa cerita menarik pagi-pagi ni.. Fara nak cerita kat korang kenapa fara ambil course ICT dan bukan course yang lain kat UTP ni...

Haaa amacam.. Yang ni macam nasihat la kat adik-adik yang lepasan SPM atau pun baru nak ambil SPM ke mana hala tuju korang.. Ramai je blogger kat luar sana yang still sekolah lagi kan.. So ni nasihat untuk korang la sebelum korang nak menempuh alam matrikulasi atau universiti atau kolej-kolej atau apa-apa je la..
Harap membantu

1. Kenal pasti minat dan kecenderungan korang. Kadang-kadang ada je yang ambil aliran sains tapi tak minat pun kerja dalam bidang macam doktor, engineer. Mungkin ada yang nak jadi akauntan. So sangat penting di sini untuk korang kenal pasti apa yang korang suka, sebab inilah bakal penentu masa depan korang. Jangan main-main sebab mungkin satu hari nanti korang akan menyesal tak sudah sebab buat pilihan yang salah.. Korang sanggup ?

2. Tanya pendapat guru, ibu bapa, orang sekeliling dan rakan-rakan korang. Mungkin ada segelintir di antara mereka yang nampak arah tuju korang. Mungkin ada bakat terpendam yang ada dalam diri korang yang tak korang sedari tapi diketahui oleh orang lain. Nasihat dan panduan ibu bapa dan guru sangat penting kerana mereka adalah orang yang lebih berpengalaman. Namun keputusan akhir mesti dilakukan oleh diri kamu sendiri. Jangan terlalu mengharapa orang lain untuk membuat keputusan untuk korang ok ?

3. Buat sedikit research pasal minat atau course yang korang minat tu. Jangan tertumpu pada 1 minat sahaja kerana khuatir korang tak dapat. Mungkin dalam 3 pilihan minat.course untuk korang ambil. Cari maklumat tentang apa minat korang tu dengan lebih mendalam dan adakah course yang korang nak ambil itu, sangat tinggi nilai market pada masa hadapan. Jangan just ambil course secara membuta tuli tanpa mengetahui apa yang korang bakal alami.

4.  Pilihlah tempat pengajian yang ada course itu dan course itu merupakan course yang di antara terbaik tempat pengajian terbabit. Contohnya kalau UM memang mempunyai course perubatan yang terbaik ke. UTM mempunyai course engineering yang terbaik. Research tentang course yang ada kat tempat pengajian pilihan korang tu tau

5. Pastikan result anda memenuhi syarat untuk mendapat course tersebut. Janganla pulak result anda langung takde A dan B, anda minat nak ambil perubatan. Mungkin tak mustahil tapi pilihlah course yang relevan dengan diri anda. Tak semestinya terlalu minat untuk menjadi doktor, anda perlu menjadi doktor padahal result yang tak seberapa. Banyak lagi cabang dalam dunia perubatan yang anda boleh pilih bersesuaian dengan result anda. Jadi kalau anda bercita-cita tinggi, result pun kena tinggi la yer

6. Doa dan tawakal. Walau apa pun berlaku, doa dan bertawakallah anda. Kalau anda dapat apa yang anda idamkan, bersyukurlah.. Kalau tak, insyaAllah ada peluang lain yang lebih cerah untuk anda.

Dalam dunia yang luas ni banyak cabang pekerjaannya. Jangan hanya tumpukan diri kita dengan pekerjaan yang biasa kita dengar, banyak lagi pekerjaan lain yang ada.

contoh gambar..kalau anda tersilap langkah, buruk padahnya..
namun anda mungkin boleh berpatah balik sekiranya masanya masih ada..renung-renungkan ☺

Jadi buka mata, buka minda buka hati InsyaAllah kejayaan menanti

5 comments:

Qaseh dalia adelia said...

gud luck dear

bunga said...

bunga dah abis spm..hehehe..

Mr.SteAltH said...

hua. nasihat berguna dari kak fara :p
tapi seriously, future determining memang penting ye. ramai je orang yang menyesal dekat universiti bila salah pilih course :)

Mr.SteAltH said...

hua. nasihat berguna dari kak fara :p
tapi seriously, future determining memang penting ye. ramai je orang yang menyesal dekat universiti bila salah pilih course :)

bunga said...

bunga dah abis spm..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...