Dunia Akhir Zaman --> tamakkah kita ?

Percaya atau tidak, walaupun tanpa kajian saintifik dan hanya melalui pandangan mata kasar, kita dah boleh lihat dunia sekarang semakin hancur kerana ketamakan manusia. Tamak tak semestinya hanya bergantung pada konteks tamak harta tetapi tamak dunia, tamak populariti, tamak untuk nampak muda dan banyak lagi konteks tamak yang boleh kita lihat.

lapar sangat ke ?? XD
 Namun adakah kita lihat manusia tamakkan ilmu ? Ya mungkin ada segelintir yang mempunyai ketamakan itu namun lebih banyak manusia tamakkan perkara yang langsung tak berfaedah. Perkara ini semakin berleluasa bukan sahaja di negara Barat namun di Asia pun sudah berleluasa sifat tamak. Manusia semakin rakus dalam mengejar keindahan duniawi.

Lambakan produk kecantikan untuk nampak lebih muda seperti botox, Vitamin C dan pelbagai jenis lagi berfungsi menjadikan manusia semakin tamak untuk nampak muda dan sanggup berhabis ratusan dan ribuan duit hanya untuk nampak muda. Ini juga menyebabkan mereka lupa yang umur mereka semakin berusia. Produk kecantikan lain untuk mencerahkan kulit, memutihkan kulit juga semakin banyak di pasaran. Ini menyebabkan golongan wanita hanya mengejar untuk menjadi seorang yang berkulit cerah dan putih.

Industri makanan juga terus berkembang maju. Fast food boleh didapati di mana-mana. McD, KFC, Pizza Hut, MarryBrown, AYAMAS, RASAMAS dan banyak lagi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Makanan tidak berkhasiat semakin banyak dikeluarkan berbanding makanan yang berkhasiat. Namun manusia tetap memilih untuk fast food sebagai pilihan mereka. Kerana terlalu banyaknya fast food ini, peratusan obesiti di seluruh negara terus meningkat. Tamakkah kita dengan makanan segera ?

IPTA terus gah berdiri, IPTS semakin pesat dibuka, kolej-kolej juga semakin meningkat jumlahnya di pelosok negara, namun tidak semua mempunyai peluang untuk menuntut ilmu di situ. Namun perlu kita ingat, ilmu tak semestinya boleh didapati di pusat-pusat pengajian yang berdaftar namun kita boleh mendapat ilmu di mana-mana walaupun di jalanan. Mengetahui isu semasa pun satu ilmu juga. Dari blog juga kita boleh dapat  ilmu. Dan salah besar la kalau ada orang cakap, blogging tu semata-mata nak dapat duit. Ilmu pun ada yer !

Bila bercakap tentang ilmu blogging, farasakura nak kongsi satu pendapat dari diri farasakura sendiri. Setiap orang pasti ada niatnya sendiri dalam berblogging, ada yang mahu menulis, bercontest, berkenalan, berkongsi isu semasa, online shopping dan macam-macam lagi. Kalau nak bagi pendapat pun, biar berlapik supaya tiada yang terguris hatinya.

Blogging ni ibarat kita berkawan, kalau kita kutuk dalam entri, pasti ada yang terasa.  Mungkin kita tak boleh jaga hati semua orang, namun jagalah apa yang kita cakap. Jangan sesekali cuba membuat sesuatu yang terlalu berlebihan. Kalau korang tahu rasa malu, begitu juga orang lain.. Semua orang ada hati dan perasaan. Jangan sensitiviti blogger lain. Kalau nak tegur pun, tegur secara berhemah. Dan jangan ada si batu api ok.

Semoga kita semua enjoy berblogging yer.. Minat berblogging tak lari dalam diri farasakura dan begitu juga korang kan. Jadi ikhlaskan diri dalam berblogging. Tabahkan hati dan kuatkan semangat. Semoga blogger terus maju.. Yeay !

2 comments:

anaiha yusof said...

thanks kak,
anan tengah emosional ni,after bace entry ni,macam okay sikit la..

farasakura said...

@anaiha yusof emo pasal pe?? anyway welcome k :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...