-------------- mencintaimu tak semestinya aku akan memilikimu --------------

Salam korang...selamat malam....Tajuk kali ini "seperti di atas"...adoiii sesuai sangat kat semua orang...tak semestinya untuk yang dah ada pasangan masing-masing tau... entri ni sangat istimewa untuk korang..hayatilah..

"mencintaimu tak semestinya aku akan memilikimu "

Dalam kehidupan di dunia ini, kita tak lari dengan perasan yang timbul dalam  hati ni. Itu satu perkara normal yang berlaku yang semua orang. Perasan sukakan, minat atau pun tertarik kat seseorang yang berlainan jantina ye. Perasaan yang lebih hebat lagi ialah C I N T A !

Korang pernah dengar  tak ada orang bunuh diri sebab cinta ? Dalam dunia melambak orang yang buat macam tu. Kalau dalam Islam, konfem la tak masuk syurga kan kan. Korang rasa la agak-agak sebab apa diaorang bunuh diri ??? Sebab cinta diaorang ditolak atau gf /bf tinggalkan diaorang.


Cinta itu universal.Normallah kita kalau ada perasaan tu. Cinta kepada Yang Maha Esa itu cinta abadi. Tapi bila kita bercakap pasal cinta sesama manusia, pernah ke kita fikir apakah berbaloi kita mengorbankan nyawa kita yang bernilai kepada orang yang hanya menyakitkan hati kita !!!

Satu prinsip fara pegang. MENCINTAIMU TAK SEMESTINYA AKU AKAN MEMILIKIMU. Kalau dia membalasnya, InsyaAllah itu memang jodoh korang, tetapi kalau korang ditolak cintanya jangan pulak korang lakukan sesuatu yang BODOH ! Kalau korang betul-betul sayangkan orang tu, korang akan berdoa agar dia berbahagia dengan orang yang dia sayang dan teruskan hidup korang. Sebab masih banyak lagi yang menyayangimu ok dear :)

PANTANG fara kalau korang pergi bomohkan pulak orang yang korang sayang ! Aiseyman ! Tak macho dan tak gojes la ye.. Sangat-sangat dilarang dalam Islam. Fara nak ingatkan la kalau korang ada hati kat seseorang tapi tak berbalas cuba untuk cari sesuatu yang boleh buat korang lupakan dia. Kalau tak boleh jugak, ingatlah yang di atas sana masih ada ! Dia pasti membantumu.. InsyaAllah

until then---

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...