Menyambut Maulidur Rasul di Rumah Seri Kenangan bersama mereka yang ku sayangi ☺

Salam bloggers.. Senyap sunyi je bloggie farasakura ni kan hari ni..Walaupun cuti namun farasakura ada tanggungjawab untuk dilaksanakan.. fara pernah cerita kan pasal Rumah Seri Kenangan kat entri ni..

Hari ni, fara dan rakan-rakan yang lain menyambut Maulidur Rasul bukan berseorang atau bersama pelajar UTP sahaja tetapi bersama ibu² dan ayah²  yang sudah kami anggap seperti keluarga kami ☺

Mungkin bagi kita tiada apa yang nak dikisahkan, namun bagi ibu²  dan bapa²  ini, kehadiran kami amat bermakna bagi memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul. Terselit juga di hati fara perasaan sebak apabila mengenangkan mereka ada yang sudah tidak mampu berjalan dan mempunyai masalah-masalah kesihatan. Namun itu tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk menyertai kami menyambut Maulud Nabi pada hari ini.

Tak banyak untuk dikata, namun pengalaman menyambut Maulud Nabi di sana amatlah berharga. Fara suka apabila dapat melayan kerenah ibu²  dan bapa²  walaupun diri sendiri terpaksa diketepikan. Seriously, fara memang suka nak melayan mereka. Bagi diaorang makan, minum, tolong diaorang bangun, tolong hantarkan pinggan, duduk sebelah diaorang, dan macam²  lagi ar. Best giler laa..

Fara harap bloggers yang kat luar tu boleh membuat perkara yang sama.. Mungkin boleh buat gathering sambil beramal kan kan ? Tak salah kalau kita bagi sedikit masa kita kat diaorang. Dan bila kita pergi kat rumah orang²  tua ni lah yang menyedarkan kita supaya sayangilah ibu bapa kita.

Fara tak tahu la kenapa bila fara pergi situ je, hati ni mesti sebak.. Mungkin fara ni jenis yang cepat tersentuh melihat mereka.. Kadang²  hati ni terlebih pulak sensitifnya tapi fara tak kisah sebab apa yang fara buat ni sebagai satu kerja amal dan InsyaAllah ikhlas di sisi Allah.

Pengalaman buat kerja²  amal ni tak semua orang dapat, jadi kalau blogger lain boleh menyertai kerja amal, jangan lepaskan peluang tau.. Banyak yang boleh kita muhasabah diri kita bila kita lakukan kerja amal ni, seriously banyak gila benda yang kadang²  kita terlepas pandang dan kita akan sedar. InsyaAllah

Ok la, fara nak tunjuk sikit²  gambar masa Maulud tadi ye..Tapi tak banyak la sebab ini dalam kamera yang fara bawak..hee kamera yang PR bawak ada kat diaorang la.. ni pun gambar time dah habis hee☺

mereka sporting XD

nasyid dari UTP ☺

makcik ni nampak je nak tangkap gambar..hee

with pakcik ramadhan ♥
dengan si buntal ..weewit
sukanya Adik yer ☺
  
itu je ☺ amacam jelez tak ? jelez la..jelez la...jelez la... heee done ☺

opss terlupa la semalam nak umum pemenang keychain tu, malam ni tau.. sori bangat bangat.. ☺ see ya

3 comments:

jackieKOH said...

haha..x jelez pun..sbb ktorg pun g masak kerepek td~~ la la la....haha

farasakura said...

@jackieKOHko xde bungkus sket utk aku ke..waaaa nak kerepek !!!

Cik Yana said...

waaa~ bestnyer sambut Maulidur Rasul camni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...