Perempuan, Hawa dan Farasakura

Salam alaik...Perempuan adalah golongan yang sangat istimewa di sisi Allah. Banyak kemudahan yang diperolehi apabila menjadi seorang wanita. Sifat tabah dan kesabaran seorang perempuan amatlah dikagumi. Banyak pengorbanan yang dilakukan apabila menjadi seorang wanita seperti melahirkan anak.

hari ni farasakura nak kongsi kelebihan yang ada pada perempuan seperti farasakura. InsyaAllah dapat dikongsikan bersama-sama.. Bagi yang lelaki jangan jeles pulak, nanti farasakura buat untuk lelaki pulak yer..

Mari kita hayati antara kelebihan yang diberikan Allah kepada kaum hawa ini.

comel kan budak nih XD
1. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

3.  Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  


4. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

5. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.


6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

7.  Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

9. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

10 . Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Kepada kaum hawa, hargailah diri masing-masing kerana kita telah terpilih untuk menjadi perempuan. Jangan merosakkan diri kalian atau mengubah ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Sekian

3 comments:

Qaseh dalia adelia said...

yup pernah bace hehe tq fara...amboii tukar background je koje ye haha

farasakura said...

@Qaseh dalia adelia heee biasa la ..laalala nnti qaseh pun cmtu kankan XD

Qaseh dalia adelia said...

yup pernah bace hehe tq fara...amboii tukar background je koje ye haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...