Rahsia Cara Wanita Berjalan

Nuffnang Ads
sumber mr googling
 woot woot kita lihat siapa yang kena !

1. Berjalan seperti tak pijak tanah
    - Dikatakan golongan ini adalah tidak jujur, mulut laser tanpa memikirkan orang lain. Sangat ego dan boros dalam perbelanjaan namun jangan hairan kerana wanita inilah yang biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.. Tapi hati-hati la mungkin mereka bukan manusia..Hahaha

2. Berjalan sambil tunduk kepala
    - Golongan ini sangat sukar dingin dan hatinya sukar ditawan. Memiliki sifat yang tertutup dan hanya berbual dengan orang yang rapat sahaja dengannya. Namun begitu wanita ini amat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

3. Berjalan pandang lurus ke hadapan
    - Seorang yang berpendirian teguh dan agak susah nak meyakinkan dirinya. Hati-hati kerana wanita ini sangat suka berleter panjang lebar kalau pendiriannya ditentang. Ini menyebabkan dia selalu berselisih pendapat dengan orang. Jangan hairan kalau golongan ini hanya nak berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

4. Berjalan tak tentu arah, suka menoleh ke kanan dan kiri. 
    - Golongan ini sangat boleh dipercayai kerana pandai menyimpan rahsia. Walaupun ada yang menganggap wanita ini tak jujur dan suka menipu namun ramai lelaki yang berusaha untuk memilikinya kerana dianggap wanita ini senang diatur


5. Berjalan ala-ala model

    - Seorang yang tidak kisah dengan apa yang berlaku dan anggap semuanya remeh. Sangat mengambil mudah sekiranya apa-apa berlaku dan akibatnya banyak merugikan diri sendiri. Namun suka mengambil perhatian orang lain kepada dirinya.

6. Berjalan tampak tegak
    - Golongan ini sangat tegas dan tak suka orang mencampuri hal peribadinya. Memiliki pendirian yang teguh dan agak sukar digoyah. Namun, golongan ini sangat bertanggunjawab dan sukakan lelaki yang berdikari  dan romantik

7. Jalan badan bergerak ke depan dan belakang ala-ala zirafah
    - Golongan yang sensitif dan mudah terasa serta tersinggung. Sangat mudah mengalirkan air mata kerana sangat lemah perasaannya. Golongan ini agak lurus dan mempunyai rasa simpati yang tinggi. Sangat menjaga perasaan orang lain kerana bimbang mereka tersinggung dengannya

Di manakah anda wahai wanita? Dan bagi kaum adam, calon favourite pilihan anda ?

9 comments:

HadifaR_LoVe said...

huhu...ada pula orang bejalan ala2 zirafah...haha...

Nway, like no 4... :)

farasakura said...

@HadifaR_LoVeheeee amboi yang best je pilih ye XD

Nabilah Zainal said...

aiseh. aku x tau aku jalan cne. kena record n tengok nih~ >,<

Norfa said...

wau..suka.. hahaha.. baru tau diri sndiri jalan cmne..erkkk....

farasakura said...

@Nabilah Zainalhaha idea yang bgus...meh aku tlg recordkan XD

farasakura said...

@Norfaheee suka beno ye

CinderLaLa said...

kena tny org sekeliling nih mcmna ek gaya jln sy.. adui.. *_*

farasakura said...

@Norfaheee suka beno ye

farasakura said...

@Nabilah Zainalhaha idea yang bgus...meh aku tlg recordkan XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...