Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Korang pernah dengar tak Rumah Seri Kenangan.. Tempat dia kat Tanjung Rambutan.. Ala dalam area Hospital Bahagia je.. Korang tahu tak siapa ada kat sana ? Korang agak siapa ?

Mereka adalah orang-orang tua yang dihantar oleh anak-anak mereka dan warga tua yang tiada tempat tinggal (tinggal di jalanan) dan ada juga untuk warga tua yang tinggal seorang diri..Tempat ini merupakan tempat perlindungan kepada warga tua

Sekretariat Rakan Muda Universiti Teknologi Petronas telah melancarkan satu event yang dinamakan MOMENT TO SHARE RUMAH SERI KENANGAN (M2S RSK) yang telah bermula pada Jan 2010 (kalau tak silap la). Semester ini merupakan semester keempat, pelajar UTP mengadakan program ini.

Banyak program telah dijalankan oleh pelajar UTP dan misi utama M2S RSK ialah sebagai charity event dan selain menceriakan suasana di Rumah Seri Kenangan itu sendiri. Hubungan di antara pelajar UTP yang melibatkan diri dalam event ini sangat rapat dengan warga tua di sana. Pastinya mereka amat gembira menerima kehadiran kami di sana dan mereka sentiasa menunggu kehadiran kami untuk memeriahkan lagi RSK.

Setiap semester sebanyak 35 pelajar akan melibatkan diri dalam event ini. Banyak aktiviti yang menarik yang dikelola sendiri oleh pelajar UTP. Contohnya sukaneka, pasang panjut, majlis berbuka puasa, aktiviti melukis dan macam-macam lagi.

Keriangan warga RSK menyebabkan kadang-kadang kita akan rasa sebak melihat mereka. Mereka seperti ibu bapa ataupun atuk dan nenek kita sendiri. Masa yang kita luangkan untuk mereka, amatlah berharga kerana kita dapat menggembirakan mereka ☺

Sedikit gambar selingan
keriangan :)

gambar ramai-ramai



lukis-lukis

panjut hasil kekretifan pasukan AnE dan Logistic

pakcik yang sentiasa ada di mana-mana :)
hasil kerjasama makcik pakcik dan student UTP
ex-PM dengan pakcik comel XD
suka tengok makcik ni...comel sangat XD
 ok lahh ..banyak dah gambar ni..kalau korang nak tengok lagi kat  
FB M2S RSK

Semester ni, fara join lagi event ni.. InsyaAllah fara akan update lagi entri pasal tempat ni.. Kitaorang akan pergi masa Maulidur Rasul ni ☺ Semoga event ni terus maju.. Ada orang nak sponsor event ni tak ? hehehe boleh buat amal jariah sekali ☺terima kasih

2 comments:

shazika said...

wohaaaa..seronoknyerrr..

bagos aktiviti mcm ni..

NabiLLa NaSir said...

good job. lepas ni sekretariat universiti malaya pulak akan buat. insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...