Tidur diganggui misteri =,=

Korang pernah ke tidur mimpi bukan-bukan ? Mesti pernah kan... Eeeeee takutnya.. Kalau mimpi hantu ke syaitaniirrojim ke... Serammm wehhh... Jom kongsi cerita kat sini.. Cepat datang...Cepat... Hahaha

BOOOOOO

Sebenarnya....ada cara nak elak benda macam tu kan + tidur nyenyak tanpa diganggu makhluk-mahkluk halus ni...Huuuuu

Farasakura kembali dengan tips-tips yang bakal membantu korang supaya senang nak tidur..So tips ni korang boleh guna untuk macam apa yang korang perlu buat sebelum tidur yer...

Terima kasih sebab baca..Farasakura guna bahasa baku tau...Lalalalala

Tips 1 : Pastikan anda dalam keadaan bersih. Bersih bermaksud dah mandi (bukan mandi pagi yer) dan dah tukar baju lain.

Tips 2 : Pakai pakaian yang menampakkan anda mahu tidur dan pakaian tersebut haruslah selesa. Contohnya : baju tidur atau baju kelawar.

Tips 3 : Pastikan tempat tidur bersih dan kemas dan memastikan anda dapat tidur dalam keadaan yang selesa. Tepuk-tepuk la bantal dulu ke, betulkan cadar ke.. Biar selesa..

Tips 4 : Jangan lupa untuk membersihkan diri dan muka sekali.. Basuh muka dan kaki sebelum tidur supaya lebih segar dan selesa..

Tips 5 : Paling bagus kalau korang berwudhuk dulu sebelum tidur

Tips 6 : Pastikan kelajuan kipas sesuai dengan keselesaan anda, jangan terlampau laju atau perlahan okey?

Tips 7 : Tutup lampu.. Jangan  tidur dalam keadaan cahaya terang. Lagi gelap lagi bagus..Hahaha kalau takut sangat, pasang lampu tidur yang malap tu, ok jerr..

Tips 8 : Elakkan bunyi-bunyian yang kuat. Kalau lagu slow-slow boleh gak..

Tips 9 : Baca la doa tidur + 4 Qul +mengucap dan apa-apa yang korang rasa perlu..

Tips 10 : Relakskan diri anda dan pejam mata dan tidurlah dengan nyenyak

Selamat mencuba.. See yaa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...