Tips Cantik + Handsome ♥

Mesti korang tertunggu-tunggu tips ini kan kan...Haaa baik mengaku cepat ! Senang je kot tips nak nampak cantik, handsome, gojes ataupun smart kat mata orang lain.. Nak tahu apa rahsianya


JOM KITA CHECK OUT !

1. Pastikan korang jangan tinggal solat 5 waktu bagi yang Muslim

2. Sayangi ibu bapa dan keluarga. Jangan derhaka pulak yer.. Kalau rasa buat salah, cepat-cepat minta maaf tau

3. Rajin-rajinlah membaca al-quran dan buku-buku ilmu atau pergi majlis ilmu

4. Sayangi rakan-rakan yang ada disekililing ataupun rakan kat alam maya ni macam blogger ☺ Jangan suka sakitkan hati diaorang pula.. Jaga percakapan atau perbuatan korang

5. Jangan suka mencarut dan merokok. Sangat harus dijauhi !

6. Hormatilah orang lain terutamanya orang yang lebih tua dari anda

7.  Makan kalau lapar dan berhenti sebelum kenyang

8. Jadilah diri anda sendiri. Jangan nak tiru gaya orang.. Sikit-sikit boleh la sebagai panduan, okeh.. Yang penting anda selesa dengan apa yang anda buat atau pakai

9. Jangan suka mengata orang lain walaupun orang lain mengata korang

10. Paling penting ialah pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk ☺

Amacam ? Gempak tak tips fara ? Nak tahu keberkesanannya ??? Cubalah sendiri. InsyaAllah korang akan nampak lebih berseri-seri dari biasa☺

1 comment:

nelly said...

nice info ..suka2 ..
=)

Jom baca :
Kuasa tulisan "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...