Thursday, March 31, 2011

April Fool ! OMG Are you fooling me or yourself ? Weirdoo

Siapa sambut April Fool !Baca nota di bawah 



Bulan Mac telah melabuhkan tirainya. Bulan April kini menjelma. Terdapat suatu kebiasaan jahiliyah yang harus kita berwaspada sebagai seorang Muslim iaitu 1 April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong tetapi orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool
Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.
Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April’s Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.
Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol.

Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

Kredit : http://www.mykhilafah.com

p/s : sorry banyak wording, semoga bermanfaat ^^

Wednesday, March 30, 2011

Saya Nak Bunuh Diri!

Saya dah puas hidup kat dunia ni... saya dah puas dikecewakan oleh si "dia". saya dah penat disakiti. Saya xmahu hidup lagi. Saya benci semua orang. Benci ! Benci ! Benci ! Semua orang suka mentertawakan saya =,= Buruk sangat ke saya ni ? Hina sangat ke ! Dah puas korang mempermalukan saya (T__T)

I HATE ALL ! YES ! ALL OF YOU ! I JUST WANNA DIE
just get out of my life !

Minda dan hati memainkan peranan dalam menentukan pemikiran, kelakuan dan tindakan kita. Tak semua orang "kebal" dalam menghadapi jalan yang berliku kerana ada kalanya pasti tersungkur di persimpangan jalan. Dan pada waktu itu ada banyak jalan lain sebagai alternatif. Cara kita memilihnya bergantung kepada diri kita sendiri. Namun pasti ada yang tersalah memilih jalan dan akhirnya menjumpai jalan mati. Buntu !

Aku buntu. Jalan terakhir = bunuh diri
Adakah ini jalan terbaik ?MUNGKIN ?


Betapa tipisnya iman kita. Banyak lagi jalan lain. Banyak lagi.........

Banyak kisah selanjutnya di : Saya Nak Bunuh Diri!

p/s : Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Sunday, March 27, 2011

I'm Addicted. OMG ! Pls don't say i'm insane

Hey y'll... It have been 3 days i think, i've left my blog with nothing. Really sorry but i'm kinda of stress and not in the mood. Haiyoo =,=


First, i'm really busy with events that i joined in utp so i've less time blogging. Hahaha so sorry.. I'm busy with the event with the old folks house Moment to Share Rumah Seri Kenangan.Make me miss blogging but i enjoyed that event damn muchhh


Second reason is i'm addicted to this kind of drug. Really sorry because my time for blogging is cut when i'm to eager to find the latest desktop for me. And i found one that really makes me insane. OMG ! Seriously i will buy this desktop after i get my allowance for computer. Until this time, my heart only think about that thing. I've search the entire web for any better desktop but i think this is the one. Wanna see it tooo ?? ^^

Dell Inspiron One 2305 All-in-One Desktop

so cuteeeee ^_^
There are two types whether touch screen or not. But i prefer not touch screen because I'm not too good in taking care of my things.. Hahaha my headphone had broken last week and i just bought that headphone few weeks before. So sorry mr headphone. Same goes to my handset and notebook. It is countless how much time it have fall to the ground. OMG again ! 
Ok the price i think is less than RM2000 so what do you think ? Of course as an ICT student computer is something really important for me. I want to buy the best among the best. Do you think i should buy this ? I think this desktop is superb and cute ^_^

so cool :)









Seriously i want this. But i'm searching for the best price that i could get. Anyone know where should i buy this or just buy from Dell online ? Suggestion plz ☺ And i need you to give opinion whether to buy touch screen or not. Seriously i need your opinion.. ^_^

Hey, i need to take care of RIX booth at Room 9 Pocket D for the exhibition. Opss i'm late.. Hahaha to all UTPians bloggers , i make all of you compulsory to come and vote for your favourite poster k. Heeee u guyzzz

p/s : Pssss not to forget, say congrats to Admiral Hafiz because his blog is now in REMAJA 1 April. Do buy that magazine okey ☺

See yaa

Friday, March 25, 2011

Hati yang cepat menggelabah (T____T)

Salam alaik...

Bila hati menggelabah
Hidup jadi tak tentu arah

Manusia tak sempurna = kita tak sempurna. Pasti ada orang yang tak sukakan kita. Macam mana baik pun kita mesti la ada jugak orang yang benci kita. Tapi kita adalah kita. Tak mungkin boleh ubah nak jadi yang lain. Takdenye kalau harini kita nak jadi Lisa Surihani besok nak jadi macam Cikgu Shida..Takkan berlaku.

Bila orang kutuk kita walaupun dalam cara yang kita sendiri pun tak tahu nak cakap camne, kadang-kadang hati kita ni cepat menggelabah. Mula la perasaan tu, naik turun naik turun. Nak marah tak boleh. Nak tegur pun tak reti.. Cuba je la tahan marah dan tak terkeluar perasaan tu kat insan yang "bertuah" tu.

Bagi sesetengah orang yang cepat terasa lagi la hati dia cepat menggelabah. Mungkin hati dia lagi cepat alert dengan apa orang kata dan dia akan terasa.. Mak aihh susahnya kan.. Tapi nak buat macam mana, dah dia dilahirkan dengan sensitiviti yang tinggi. Cepat terasa dan mungkin sampai mengalirkan air mata. Dia akan cuba memuaskan hati semua orang sehinggakan mungkin ada yang menggunakan dirinya. =,=

Biasa la kita sebagai manusia, kena la jaga perasaan orang lain. Mulut tu kena jaga la jugak. Cakap  jangan terlalu cakap lepas je. Ada sesetengah orang memang kebal sikit bila kita cakap pape pun dia tak mudah terasa, tapi bagi yang hati yang cepat menggelabah tu, faham-faham je la. Korang cakap sikit pun dia cepat la terasanya yer.. So korang pun dah besar, pandai-pandai la jaga hati masing-masing yer.☺

Nasihat : Mungkin kita tak boleh jaga hati semua orang tapi jangan sampai bila kita terlalu jaga hati semua orang, hati kita yang tak terjaga pulak. So renung-renungkan dan selamat beramal

i HEART my friends ♥





p/s : Entri ni takde kena mengena dengan sesiapa yer. Sekadar sharing session bersama :) Beberapa hari FS menyepi sebab terlalu busy dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan untuk event di UTP. Rindu kepada blog membuak-buak..Hehehe

Thursday, March 24, 2011

Cubaan bunuh diri di KB Mall

Pengunjung di KB Mall dikejutkan percubaan membunuh diri seorang pelajar perempuan pada pukul 4.00 petang tadi. Punca bunuh diri masih belum diketahui. Ada desas-desus yang mengatakan puncanya sebab SPM la cinta la..Macam-macam lagi la.. Tapi hakikat sebenarnya hanya tuan empuanya badan je la yang tahu..

Mangsa cuba diselamatkan oleh pasukan bomba namun dari pandangan mata kasar, kita lihat dia seperti tidak mahu dibantu. Tapi tak tahulah hakikat sebenarnya macam mana kan.. Huhuhu... Namun beberapa ketika, tangannya terlepas dan dia terjatuh. Orang ramai menjerit ketakutan namun dia berjaya diselamatkan oleh tilam yang telah disediakan oleh bomba. Alhamdulillah.

Untuk melihat detik-detik cemas semasa operasi menyelamatkan dan dia terjatuh tu, sila tonton video ni.



Nauzubillah.. Bunuh diri adalah HARAM disisi Islam. Takkan cium bau syurga pun tau. Jauhilah diri kita daripada perbuatan ini. Nasib baiklah dia terselamat dan cedera ringan je, kalau betul-betul mati hmmm wallahualam nasibnya di akhirat sana...

Nasihat dari FS, walau macam mana pun masalah yang kita hadapi even SPM teruk ke putus cinta ke hilang barang kena curi ke, xkisah la apa pun. Kita mohon pada Yang Esa supaya hati kita ni tetap bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha dengan takdir.

Untuk renungan bersama...
”janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu” – maksud surah An Nisaa : 28

Tuesday, March 22, 2011

Outing bersama CSR SIFE UTP ♥

Salam alaik...

Lambat pulak nak update pasal benda ni.. Hehe sorry la yerr CSRians yang cun dan kacak.. (^,^)

Tronoh, Perak - Sekumpulan pelajar UTP yang mendakwa diri mereka warga CSR telah pun keluar bersama-sama untuk outing ala-ala budak duk hostel di Ipoh. Tiga kereta telah berlepas pada pukul 6.00 petang setelah janji Melayu pada pukul 5.00 =,=

Antara pelajar yang terlibat ialah kak Erni, Pot, Kak Tyah, Posku(hahaha), Jacky, Razin, Awang, KakBi, Adib, Rocker, Apih, Kak Tasha, Kak Ada, Kak Wani (orang kuat SIFE) dan akhir sekali farasakura.

Adess ayat macam skema jer..Tukar channel pls..Hahaha adess

Tempat yang kitaorang pergi
Satu    --> Tempat game sebelah wayang kat Jusco
Dua    --> Bowling
Tiga    --> Kedai Nasi Lemak Ayam Kampung
Empat --> Dataran

Tempat game sebelah wayang kat Jusco

Mula-mula, FS pergi la tengok gadis-gadis bermain bola keranjang. Lepas tu dah ternampak KakBi,  Posku, Razin dan Jacky dok syiok je main tikam-tikam untuk dapat bear tu... Hahaha so join sekaki lahh kann.. Memang bijak betul FS menghabeskan duit =,=

Last-last Posku sorang je dapat teddy bear Giant.. Wuwuwu geram dengan Posku =,=..Jelez ni..Hadoi dia dok tayang kat FS..  Siap la lepas ni nak datang JJ, pasang strategi nak menang bear.. Hahaha (gelak jahat)
semua memang fokus kat situ je..haha

Time tu memang la macam budak-budak gila kitaorang especially FS la.. Haishh biasa la saya baru 18 tahun, belom masuk 19 lagi tau.. Hikhik so agak la macam kanak-kanak ribena sikit.
Seriously, banyak gila la tauke game tu untung haritu..erk =,=... total dalam RM20++ untuk 4 orang sahaja.. Aiyokkkk


bajet je terer..hahaa
Bowling

Selepas solat maghrib, kitaorang pun terus pergi kat tempat main bowling kat Jusco tu. Tak nak cakap panjang sebab FS memang la agak loser sikit bila main menda alah ni.. Hahaha takde langsung yang strike atau spare ! Worst case, sayalah yang kalah haritu =,= Lepas ni berazam untuk taknak main dah..Hahaha xlarat nak kalah..

Muka-muka pemenang.. Hahaha

 


 

Kedai Nasi Lemak Ayam Kampung

Lepas berpenat lelah main bowling, kitaorang pergi makan kat Kedai Nasi Lemak Ayam Kampung. Menu special dia alahai macam nama kedai lahh.. Adess tapi ciput je nasi =,= Yela perut lebau macam FS ni memang tak cukup makan ciput je..Perut saya memang perut naga .. Haaa kantoi sudah.. Erkk

ramai-ramaaaiii
pose sebentar..haha
gelas paling spesel sbb straw comel XD
nasi lemak ayam kampung
 
Lepas makan-makan tu, ada la kitaorang celebrata budak CSR yang nak g intern.. Yeay ! Ada kek .. Fuhh memang perut time tu, terlebih kenyang la pulak.. Adess tu la cakap takbur lagi =,= Nasib ar habes jugak tapi takde la gambar kek tu.. Sorry yer.. Gambar kat Dataran pun takde =,= so sorry.. Sebab cameraman pun tak letak dalam FB dia.. Aiyoyoo.. 

Tapi, outing kali ni memang best la ! Hehehe xsia-sia join.. Hikhik memang syiok habes la... Jangan jelez la kalau yang takdapat ikut tu eh.. Hikhik :P   
 
Go go CSR !

p/s : Selamat intern kepada PM, kak Erni, Posku dan Adib..credit to Adib for all those photos. Sorry kalau ayat macam ngeng sedikit.. Lengan masih sakit =,=

Monday, March 21, 2011

Darah B yang pemalu..Hadoi nak derma darah pun tak jadi =,=

Salam alaik...

muka semangat gila ..hahaha
Selalu kita dengar orang pemalu kan? tapi yang kes kali ni, darah pulak yang malu-malu kucing nak keluar. Wuwuwu sedihnya.. Dah bersemangat gila tapi darah ni pemalu sangat.. Hadoii =,=

FS baru je balik dari Undercroft Chancellor Complex, UTP. Niat di hati memang ikhlas nak derma darah tapi biasa la gementar tu konfem la ada kan kan..Kitaorang pergi 3 orang, FS, Mizah dan Nadia.. Tapi FS je lepas sebab darah diaorang timbul.. Hehehe


Semua dah pas, berat dah okey, blood pressure pun ok. Tapi bila dah masuk jarum gedabak besar tu kat lengan, darah macam lambat gila nak jalan.. Wuwuwu peliknya... Kenapa darah saya pemalu sangat.. Geram! Pastu dia cakap lepas jarum tu masuk, area lengan tu merah. Hahaha adess darah plak macam lambat je nak jalan.. Ape kes darah oii

wanita pertama..ececee
Jadi orang tu cakap, nak stop je.. Sedih woo =,= so dia tanya nak buat kat tangan sebelah lagi tak? FS pun macam teragak-agak jela.. Yela mesti la still gementar kan.. Huuu so lama-lama dia check pressure so dia kata xyah la sebab FS macam takut-takut.. Sedih gilerr =,=

Tapi xpe la niat dah ada kan.. so FS berniat nak pergi lagi petang ni atau besok. Hehehe sila support FS yerr.. Hehehe nak kena berani ni besok.. Yeayy !! Eh lupa nak saya berdarah B okeh...Hehehe dah lama tau dah pun..


p/s : Sebenarnya tangan ni still sakit lagi.. Xtau nape..Wuwuwu .. Takpe..besok masih ada ! Warga UTP sila lah menderma darah anda.. Pastikan berat lebih 45 kg yer.. FS pun cukup makan je.. Adess.. See yaa

JOM JOIN BLOGLIST EYYAHAZEL


FS nak join bloglist EyyaHazel ni lepas jumpa kat blog KSP..hahaha jejomss rakan-rakan kita meriahkan lagi bloglist EyyaHazel ni ...

nak isi borang penyertaan nih

nama glamor : farasakura
tempat tinggal FS : kuala kangsar tapi belajar kat tronoh..hikhik

done...thanx yerr tuan tanah

p/s : klik banner untuk join.. winks*

Hobi-Hobi Pelik Saya. Sila Jangan Pelik. Gelaklah, saya tak kisah =,=

Salam alaik..

Saya manusia normal. Alhamdulillah. Adakah saya dikutuk pelik kalau ada hobi pelik? =,= Biarlah apa orang nak kata. Janji saya jadi diri saya sendiri betul tak ? Daripada saya duk merapu tiru hobi orang buat hape.. X unik la tu.. Ececece

hobi unik bin ajaib ♥
Sedih ke orang gelakkan kita kalau kita ada hobi pelik ? Adoyaii dah selalu pun kena gelak pun so buat tak tahu je la k.Sebab orang yang gelak tu lagi pelik, sebab dia tak open-minded dengan hobi orang. Janji hobi kita tak menyalahi Islam sudahh.. Janji kita bahagia kan kan..


Hobi FS yang setia dalam hati, jiwa, sanubari dan sentiasa dilakukan ialah

1. Pakai headphone walaupun tak dengar apa-apa.

Erk... Mesti korang fikir FS gila kan..seriously dah jadi hobi kalau ngadap laptop mesti pakai headphone walaupun tak dengar apa-apa..hahaha rasa macam style je kalau pakai...Haaaa kantoii

2. Dengar lagu yang FS minat berjuta-jutaan kali dalam sehari sehingga muak lepas tu STOP !

Hobi ni tak tahu la bila wujub dalam hidup FS. Mungkin dari kecik kot. FS memang susah nak minat lagu terutamanya lagu yang budak-budak muda (ececece saya muda gak) macam kawan-kawan FS minat. Ada la beberapa kerat je yang FS minat tapi kalau sekali minat.. Fuhh memang duk ulang la lagu tu sampai muak.

Tapi ! Bila FS dah muak dengan lagu tu, FS takkan dengar dah.. Hahahaa

Saya tak pelik tapi unik. Hahaha sebab saya adalah saya. No need tiru orang lain. Walaupun orang tak pandang sebelah mata pun saya sebab diorang nampak saya tak sehebat orang yang diorang kenal tapi saya tak kisah sebab ada lagi orang yang pandang saya. (^,^)

Korang ada hobi pelik tak yang nak kongsikan ? Jejomss kongsi dengan FS.. Malu-malu kucing ke segan-segan ayam harap dibuang dalam plastik hitam, ikat ketat-ketat dan pergi masuk tong sampah hitam. Ok dear ? I'm waiting ☺

To all addicted gamers, jom join games ni... Dapat menang CASH KOT ! Ayuhhhh

Klik gambar sebelah kanan tu okeh ;)


p/s : FS tengah gilakan lagu Stacy - Kisah Kita.. Duk ulang jutaan ribuan kali la nih.. Hahaha layannn ♥♥♥

Sunday, March 20, 2011

i ♥ Cikgu Shida Orang Parit ! C.S.O.P. Bakal Join Event UTP ? OMG !

Salam alaik...

Korang mesti kenal Cikgu Shida kan...Fuhhh youtube dia memang meletup-letup ar macam gunung berapi tuh siap dapat masuk rancangan Siti Nurhaliza lagi.. Fuhh feymes la mike yer...Teman berbangge sebagai orang perok.. Go go orang Perak !!


UTP ni dekat gila dengan area Parit so mana lah tahu boleh jumpa Cikgu Shida ke pastu dapat join video dia ke..Hahaha mana tau ada rezeki kan kan.. Hadoii memang syiok la video Cikgu Shida ni..Cayalahhh

Seriously kalau korang tension ke hape ke pergi la tengok Youtube dia.. Hilang stresss

Jom kita layan video CikguShida Orang Parit jap





Attention : Ada satu event UTP yang ada CikguShida join sebagai guru pengiring! Siyes ke ni ??? Woahhh... Nak join boleh ? Boleh jumpa Cikgu Shida.. Ehehehe ♥ 

p/s : to Cikgu Shida : bilakah kita akan bertemu ..ecece teman pun pemalu... XD 

Newbie Twitter ♥ .. OMG malunyerr (T___T)

Jom kita follow newbie sorang ni .. Jangan segan jangan malu untuk tweet dia, sebab dia pasti akan membalasnya.. Dia takde la comel + cun sangat ..hahahaha tapi dia sangat baik dan sopan (hahaha tak tipu ni)

Dia tak kisah nak kawan dengan sesiapa pun..Sangat mencintai kanak-kanak, baby dan warga emas.. Ala-ala penyayang la ni.. Dia memang xmalu bila nampak budak atau baby yang comel dan terus buat macam adik sendiri..Hahaha kantoiii

Hadoii jom la kenal dengan dia lebih lanjut.. Yawww

Kuat Blushing ! Haa kantoi... OMG

Salam alaik....

Pernah tengok orang blushing tak.. Haa mesti ada kawan-kawan korang yang selalu blushing kan. Blushing ni perkara normal la kalau kita malu kan. Selalunya yang muka putih melepak tu la paling obvious kalau dia blushing. Hahaha kantoiii

Blushing ni terjadi apabila kita terasa malu dan darah akan pantas naik ke muka menyebabkan muka kita seakan-akan kemerah-merahan. Perkara ini normal kat semua orang, so jangan la rasa pelik even kulit ko warna apa pun, akan nampak la ko blushing. Kalau tak nampak pun, ko macam ala-ala malu-malu kucing..Hahaha kantoii

Fakta : Tak semestinya bila kawan korang blushing tu maknanya dia memang malu atau mengiakan apa yang korang kacau-kacau dia

Contoh : "Ohh fara ko dengan dia yer...ala ehem ehem dari course ABCD tu.. Ele-ele ingat kitaorg tak tahu ke..haha"

Pesalah : Dan mukanya kelihatan blushing-blushing gilaa walaupun perkara itu tak benar sama sekali. Seriously tak tipu ni

Moral of the story : Tak semestinya kalau orang tu blushing, benda yang dia "blushing"kan itu betul..Haa kantoii

p/s : farasakura seriously cepat blushing..aiyokkk memang selalu kena bahan ar...haaa kantoii sudahh OMG !

OMG ! ni la ala-ala muka orang blushing.. aww
comel gila bila syaoran malu..aww jugakk

Friday, March 18, 2011

Pelajar UTP rentung

Tronoh, Perak - Jam 4.30 pagi, para pelajar dikejutkan dengan siren kecemasan kebakaran yang tiba-tiba berbunyi. Menurut sumber, beliau tiba-tiba terjaga apabila tersedar akan bunyi siren tersebut lalu mengejut roomatenya. Roomatenya mendakwa telah terbau asap kebakaran. Mereka dengan pantas bersiap untuk turun kerana melihat sudah ramai pelajar yang berkumpul di bawah.

Jumlah pelajar yang rentung tidak dapat dijangka kerana pemeriksaan yang lengkap tidak dijalankan.

Antara faktor pelajar yang rentung adalah
1. Update status facebook
2. Tidur mati
3. Pura-pura tidur
4. Tidak mendengar bunyi siren

Antara mangsa yang rentung adalah Siti Dzulaiqha Ismail, Ain Hidayah Samadi dan Nurul Farahin Mohd Shuhaimi. Mereka dipercayai tidak mendengar bunyi siren dan tidur mati.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 35122134 palang 8900000. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

p/s : Ini cuma latihan kebakaran jer..adess hahaha orang yang bau asap tu shakiralalala....FS adalah mangsa kebakaran gak.. =,= hikhik

Neraka vs Syurga, mana satu pilihan kalbu

Salam alaik...


Apabila terlalu buruk amalan kita di dunia ini, maka ke sanalah kita mungkin akan pergi.. Nauzubillah.. Jauhkanlah kita...Beristigfarlah banyak-banyak k..

FS nak kongsi info pasal neraka dan syurga yang mana FS dapat dari sharing session event yang FS masuk.. FS rasa sangat berguna untuk kita semua. Sekarang ni kita tengok banyak orang Islam yang murtad terutamanya. Mungkin kita tak nampak tapi hakikatnya begitulah... Ada juga yang telah terpesong akidahnya. Nauzubillah.. Takutnya bila kita fikir..

Mari kita mulakan dengan tempat yang azabnya sangat tak terbayangkan oleh manusia. Bila fikir, memang seram sejuk la tubuh ni...

NERAKA !

- Ada 3 Peringkat kejadiannya --> 1000 tahun dibakar sehingga berwarna merah
                                               --> 1000 tahun dibakar sehingga berwarna putih
                                               --> dibakar sehingga sekarang sehingga berwarna hitam legam

- Neraka masih lagi dalam pembinaan sehingga sekarang hanyalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah dan betapa azabnya neraka. Allah S.W.T. boleh sahaja menyiapkan neraka dalam sekelip mata, namun Allah mahu kita lihat betapa azabnya neraka.. Nauzubillah

- Neraka Jahannam
   Terdapat 7 Pintu --> 70 000 Gunung --> 70 000 Lereng --> 70 000 rumah
   
   Setiap rumah --> 70 000 bilik --> setiap bilik ada 70 000 kotak
   Setiap kotak ada 70 000 batang buah zarqum
   Setiap pokok ada 70 000 ular
   Setiap ular 70 hasta dan mulutnya mengandungi racun yang hitam pekat
   Setiap di bawah pokok zarqum ada 70 000 rantai

   Setiap rantai diseret 70 000 malaikat

- Banyak lagi yang FS xceritakan... tapi kita dah boleh bayangkan betapa azabnya penghuni tempat ini..Mari kita pergi lihat tempat yang terlalu indah

SYURGA !

- Terdapat 8 pintu syurga
- Terdapat sungai yang mengalir dan airnya terdiri daripada air yang boleh diminum termasuk arak bahkan arak itu lebih enak dari arak dunia
- Lelaki akan dilayan oleh bidadari dan perempuan akan dilayan oleh khaldun
- Dari syurga kita boleh lihat orang yang diazab di neraka
- Banyak lagi la keindahan syurga yang mampu digambarkan betapa hebatnya kuasa Allah

Doa : Ya Allah, jauhkanlah aku daripada azab neraka mu dan dekatkanlah aku dengan syurgamu.. Aminn
Sekiranya kita berdoa 3 kali dimasukkan dengan syurga maka syurga akan mendoakan kita supaya dimasukkan ke dalamnya

Sekiranya kita tidak berdoa 3 kali untuk dijauhkan daripada neraka, maka neraka akan mendoakan supaya kita dimasukkan di dalamnya..

Wallahualam..

p/s : kalau ada yang salah, sila bagitau yer..Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri

Thursday, March 17, 2011

Google boleh menandingi Facebook dan Twitter || Google can wins over Facebook and Twitter

Salam alaik..

Google telah pun berjaya menandingi internet browser yang lain seperti Internet Explorer dan Mozilla Firefox.. Sehinggakan banyak pengguna internet telah beralih untuk menggunakan Google Chrome sebagai internet browser mereka. Buktinya statistik yang diperoleh oleh blogger menunjukkan kebanyakkan pembaca datangnya dari pengguna Google Chrome.

Terkini, aplikasi di dalam akaun google yang berdaftar iaitu gmail telah mempunyai aplikasi yang dipelbagaikan dan salah satu aplikasinya hampir menyamai sistem facebook seperti like status dan komen status..Selain itu, pengguna gmail juga boleh memfollow rakan-rakan seperti ala-ala Twitter.


Gmail menggunakan aplikasi Buzz untuk memudahkan pengguna membezakan di antara email-email yang datang beserta status-status terkini orang yang mereka follow.. Selain itu, Buzz ni jugak membolehkan pengguna gmail mengupdate status mereka di twitter, entri di blog dan lain-lain di Buzz..

Buzz sangat digilai oleh farasakura kerana dapat komen status orang tanpa perlu sign in FB.. Di Buzz juga kita boleh share gambar, video, link dan macam-macam lagi lah... ala-ala FB la jugak kan.. tapi lagi bagus la sebab sambil kita check email, kita boleh Buzz orang, like status ke...
Dari gmail pun boleh chat dengan kawan-kawan kita.. Selain itu, kita boleh buat google group. Contohnya google group untuk blogger.. Kat google group ni, kita boleh hantar apa-apa, then akan terus dihantar ke email semua blogger yang ada dalam google group tu.. Haa menarik tak? so banyak la info kita boleh share kat google group tu.. Macam FB gak tapi kita approach ikut email.. Spam dalam google group tu perkara biasa la.. Hahaha nak tak nak memang kena terima je kan.. Heeee

Selain itu, Gmail juga mempunyai sistem labelling email. Sistem ini sangatlah berguna terutamanya kepada pelajar UTP sebab FS selalu guna la bagi membezakan email-email dari setiap event yang kitaorang masuk. Jadi kitaorang dapatlah membezakan yang mana penting dan tidak. Labelling ini jugak boleh didapati dalam pelbagai warna bagi memudahkan pengguna membezakan setiap email mereka mengikut label.

Gmail jugak ada theme yang comel-comel..So gmail kita takde la macam warna putih je kan.. Colourful la sikit.. Heee serius memang cun-cun la theme dalam gmail yang ada.. cubalah sendiri yerr


Banyak lagi kelebihan gmail yang FS tak sebut.. Seriously Gmail sangatlah berguna kepada blogger terutamanya sebab kita akan sign in blog guna akaun gmail kan.. Jadi gunalah akaun gmail sebaiknya.. Banyak lagi kelebihan yang ada kat akaun gmail yang FS tak cerita lagi.. Sambung nanti k ☺

farasakura

Wednesday, March 16, 2011

I wish to have pretty as GEISHA and wear a kimono


Hey readers..

Do you know about geisha ? have you read about the story of a geisha entitled "Memoir of Geisha".. I wondering are they are pretty as what i'm thinking about.. Hmm let me see.. I try to google to see their actual face of a geisha and i found few of these pictures..



she looks pretty
I wish to buy a kimono for myself when i have enough money..Perhaps i can have it before i grad from UTP.. I wish to buy the preetiest one..

And of course i would by the kimono made by the Japanese..but i have to wait until my money is enough.. Do you think kimono suit with me well? Let me think..haha i'm short..Will i find the correct size for me.. perhaps not the kids size..winks*

Yeay ! i want this !!
I will try the kimono's online shop..I just want to survey first...hahaha maybe if i'm rich enough i will make a contest and the prizes are kimono's..

Is that weird if  we wear kimono  in Malaysia? I guess so but maybe i can wear it for dinner or anything special..haha just a simple kimono will make you looks different from others right.. maybe u waould not have to wear make-up like the geisha..haha just a simple make-up will make you beautiful as the moon.. yeahh i agreed..

later i continue this story with you if i buy a kimono..heee thanx for reading..

p/s : Is there anyone  who own a kimono? Show me! Show me ! I will love to see..Bye 

SUPER RING sangat sedappp dan mengasyikkann

Bila sebut pasal cekedis ni, yang paling feymes di alam semesta adalah SUPER RING.. rasanya yang yaa amat sedap dan mengasyikkan..hahaha


Tapi kan dalam Malaysia ni, ada beberapa panggilan untuk cekedis ni la...
1. Cekedis
2. Titbit
3. Keropok
4. dan banyak lagi laaa

Tak kisah la ribuan atau jutaan panggilan untuk cekedis ni pun, tapi farasakura tetap setia pada cekedis yang bernama SUPER RING sejak kecik lagi.. Dulu harga 20 sen sekarang ni da 30 sen daa.. adesss nasib tak 50 sen.. tapi rasa dia macam dah kurang da..korang agak kenapa yer ??

Banyak je kan cekedis yang feymes masa kita kecik-kecik dulu contoh macam keropok durian, twisties, Chicken ring, Rostik, Double Decker, Mamee dan banyak lagi laaa.. tapi paling best tetap SUPER RING.. hahaha farasakura konfem yang ramai blogger yang suka Super Ring ni kan kan ? Haa tak baik tak mengaku..☺


Fuhh tiba-tiba teringin plak nak makan Super Ring ni.. hahaha nanti nak pergi kedai beli la..dah lama tak makan cekedis ni, hehe ngidam la pulokk...hikhik.. Super Ring ! Saya datang !!!!

p/s : makan cekedis berpada-pada yer.. jangan overdose sudah, nanti kena jumpa kat ICU..hahaha

Tuesday, March 15, 2011

7 Tanda Kebahagiaan Dunia

Adakah kita rasa kita sudah cukup gembira di dunia ini ? Anda yakin 100% ? Adakah anda yakin kehidupan di dunia anda digunakan dengan sebaiknya sebagai seorang yang Muslim ? Adakah semua itu berbaloi ?

Bahagia ada satu perkara yang diidamkan oleh semua makhluk di bumi. Yelaa siapa yang tak nak bahagia kan. Tapi adakah kebahagiaan yang kita dapat itu berbaloi untuk kita?

Masih ragu-ragu lagi ?

Tak pasti ? Tak yakin ? 

Musykil ?

Oleh itu, mari kita tinjau apa tanda-tanda kita mendapat kebahagiaan di dunia..

1. Qalbun Syakirun --> hati yang selalu bersyukur

2. Al-Azwaju Shalihah --> pasangan hidup yang soleh/solehah

3. Al-Auladun Abrar --> anak yang soleh/solehah

4. Albiatu Sholihah --> lingkungan yang kondusif untuk iman kita

5. Al malul halal --> harta yang halal

6. Tafakur fi dien --> semangat untuk memahami agama

7. Umur yang barakah

Haaaa..ada tak paling kurang salah satu tanda tu kat dalam kehidupan korang... Kalau ada semua, alhamdulillah.. kalau ada yang terkurang mana-mana, cubalah untuk memenuhi kesemuanya. Dan kalau takde langsung, berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada Allah.

Dunia hanya sementara namun kehidupan kita di dunia sangat penting untuk menjamin kehidupan kita di akhirat kelak.. Kalau pincanglah hidup kita di dunia, maka apa amalan yang mampu kita bawa menghadap Allah kelak ? Untuk berubah kita tak perlu bergantung atau mengharap bantuan orang lain tapi diri kita sendirilah yang perlu mencari hala dan arah tuju..
gembira adalah satu anugerah
p/s : Renung-renungkanlah dan selamat beramal

1st give away AKA contest

farasakura nak join contest ni...hehehehe...created creatively by http://r0sieee.blogspot.com/

Caranya --> selesaikan sudoku yang dia bagi...fuhh susah gak...tapi alhamdulillah da dapat buat..yeay!

fuhh siap dalam masa sejam dua kot XD
Alhamdulillah farasakura berjaya siapkan sudoku ni dalam masa yang singkat.. Penat jugak sebab dah lama tak buat sudoku kan..Nak memerah otak lagi.. Hehehe anyway thanx yer sebab buat contest yang mencabar minda ni ☺

video yang best untuk tuan empunya contest ni ☺


Video ni sangat la best.. dan merupakan salah satu lagu yang farasakura suka.. yang paling istimewanya lagu ni, bila farasakura macam sedih atau tension je, farasakura dengar lagu ni, terus hilang perasaan tu.. semoga lagu ni jugak boleh bagi rosie happy gak yerr ☺

Hujan lebat di UTP, Pokok, Tumbang, Kereta Dihempap.. Adess

alam alaik.. Dah lama tak update sebab busy tapi hari ni kena update gak sebagai peringatan untuk semua.. Adesss
Dalam sejam yang lepas, area Tronoh dan Seri Iskandar kehujanan yang amat sangat-sangat. Jalan pun ada la yang dipenuhi air. Kat UTP la paling ketara sekali. Hujan yang lebat menyebabkan beberapa batang pokok besar tumbang di Village 1, Village 2 dan Village 4..














sumber gambar : http://gengblogger.com/v/397187

Sunday, March 13, 2011

saya blogger gila trafik.. yawww


Salam alaik....  Ehem ehem kenal tak blogger kat atas tuh.. Hehehe mesti la korang kenal kan.. Orang feymes kat Sahabat Blogger tu.. yawww.. Farasakura nak join bloglist "Blogger Gila Trafik" tuhhh....hahaha

Gila trafik ?? Hahaha itu benda normal la bagi seorang blogger. Siapa tak nak trafik blog dia tinggi. Hehehe termasuk  la farasakura...

Sebelum tu kena jawab kuiz TH dulu.. hahaha ☺

Kepentingan trafik kepada blogger
satu -->  menunjukkan berapa ramai yang baca blog kita
dua --> menaikkan statistik kita + nuffnang.. ngehehe
tiga --> menunjukkan berapa ramai orang yang kenal blog kita

Perkara yang FS buat untuk dapatkan trafik
dulu --> blogwalking + join contest and giveaway
sekarang --> buat entri menarik + blogwalking + join contest and giveaway + promote kat SB hehe

Dulu dengan sekarang banyak bezanya k...bila dah lama-lama dalam dunia blogging ni, mematangkan diri farasakura.. cewahhh.. ye la farasakura lebih hati-hati dalam buat entri supaya entri lebih bernilai dan tak sia-sia ☺ yeayyy !

p/s : FS join yerr TH.. ngehehe..

Friday, March 11, 2011

Rahsia Potong Kuku dan Jari telunjuk Tangan Kanan

Salam alaik blogger ♥...

Semalam farasakura dengar radio IKIM dan macam ceramah rasanya pasal cara kepit kuku yang betul.. Seriously sangat penting kat kita sebagai umat Islam dan ni salah satu sunnah Rasulullah kepada kita umatnya, so xrugi kita amalkannya okey ☺

Ok.. Sebelum tu farasakura nak tanya kuku jari mana yang kita kena potong dulu ? Haaa mesti banyak jawapan yang terngiang-ngiang kat fikiran korang kan. Kalau buat forum ni, banyak jawapan yang muncul kan... So farasakura nak bagi jawapan.. Haaaa


Jari telunjuk tangan kanan !
Fakta dan sebab musabab kenapa jari itu terpilih...
Jari telunjuk tangan kanan, urat sarafnya bersambung terus kepada hati dan jantung. Dan sebab itulah apabila kita tahiyat akhir dan takhiyat awal, apabila sampai bermula ayat, ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADARRASULLULLAH, kita angkat mengangkat jari telunjuk, dan perkataan yang kita sebut itu, akan sampai terus kepada hati dan jantung kita. Haaa ajaib kan... 

Hati kita akan berbisik, Tiada Tuhan Selain Allah, dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah

Mungkin ada yang tahu, tapi pasti ada yang masih tidak tahu. so farasakura nak kongsi ilmu yang farasakura dapat, InsyaAllah bermanfaat kepada semua ☺ 

p/s : Banyak lagi keajaiban ayat-ayat Allah yang kita sendiri tak tahu. Jadi marilah kita cuba untuk mengkaji bersama-sama☺

Trip to Toronto and Montreal (Day 2)

Assalamualaikum and hello everyone, On the second day, we went to the one and only Niagara Falls. Oh my goodness, this is one of my dre...