Google boleh menandingi Facebook dan Twitter || Google can wins over Facebook and Twitter

Salam alaik..

Google telah pun berjaya menandingi internet browser yang lain seperti Internet Explorer dan Mozilla Firefox.. Sehinggakan banyak pengguna internet telah beralih untuk menggunakan Google Chrome sebagai internet browser mereka. Buktinya statistik yang diperoleh oleh blogger menunjukkan kebanyakkan pembaca datangnya dari pengguna Google Chrome.

Terkini, aplikasi di dalam akaun google yang berdaftar iaitu gmail telah mempunyai aplikasi yang dipelbagaikan dan salah satu aplikasinya hampir menyamai sistem facebook seperti like status dan komen status..Selain itu, pengguna gmail juga boleh memfollow rakan-rakan seperti ala-ala Twitter.


Gmail menggunakan aplikasi Buzz untuk memudahkan pengguna membezakan di antara email-email yang datang beserta status-status terkini orang yang mereka follow.. Selain itu, Buzz ni jugak membolehkan pengguna gmail mengupdate status mereka di twitter, entri di blog dan lain-lain di Buzz..

Buzz sangat digilai oleh farasakura kerana dapat komen status orang tanpa perlu sign in FB.. Di Buzz juga kita boleh share gambar, video, link dan macam-macam lagi lah... ala-ala FB la jugak kan.. tapi lagi bagus la sebab sambil kita check email, kita boleh Buzz orang, like status ke...
Dari gmail pun boleh chat dengan kawan-kawan kita.. Selain itu, kita boleh buat google group. Contohnya google group untuk blogger.. Kat google group ni, kita boleh hantar apa-apa, then akan terus dihantar ke email semua blogger yang ada dalam google group tu.. Haa menarik tak? so banyak la info kita boleh share kat google group tu.. Macam FB gak tapi kita approach ikut email.. Spam dalam google group tu perkara biasa la.. Hahaha nak tak nak memang kena terima je kan.. Heeee

Selain itu, Gmail juga mempunyai sistem labelling email. Sistem ini sangatlah berguna terutamanya kepada pelajar UTP sebab FS selalu guna la bagi membezakan email-email dari setiap event yang kitaorang masuk. Jadi kitaorang dapatlah membezakan yang mana penting dan tidak. Labelling ini jugak boleh didapati dalam pelbagai warna bagi memudahkan pengguna membezakan setiap email mereka mengikut label.

Gmail jugak ada theme yang comel-comel..So gmail kita takde la macam warna putih je kan.. Colourful la sikit.. Heee serius memang cun-cun la theme dalam gmail yang ada.. cubalah sendiri yerr


Banyak lagi kelebihan gmail yang FS tak sebut.. Seriously Gmail sangatlah berguna kepada blogger terutamanya sebab kita akan sign in blog guna akaun gmail kan.. Jadi gunalah akaun gmail sebaiknya.. Banyak lagi kelebihan yang ada kat akaun gmail yang FS tak cerita lagi.. Sambung nanti k ☺

farasakura

5 comments:

marish sha said...

baru tahu kegunaan buzz tu ,
thankyou farah

farasakura said...

@marish sha hee pleasure XD

poksudaus said...

wah cik farah :)
jalan2 jap

farasakura said...

@poksudaus haii poksu XD

farasakura said...

@poksudaus haii poksu XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...