Hati yang cepat menggelabah (T____T)

Salam alaik...

Bila hati menggelabah
Hidup jadi tak tentu arah

Manusia tak sempurna = kita tak sempurna. Pasti ada orang yang tak sukakan kita. Macam mana baik pun kita mesti la ada jugak orang yang benci kita. Tapi kita adalah kita. Tak mungkin boleh ubah nak jadi yang lain. Takdenye kalau harini kita nak jadi Lisa Surihani besok nak jadi macam Cikgu Shida..Takkan berlaku.

Bila orang kutuk kita walaupun dalam cara yang kita sendiri pun tak tahu nak cakap camne, kadang-kadang hati kita ni cepat menggelabah. Mula la perasaan tu, naik turun naik turun. Nak marah tak boleh. Nak tegur pun tak reti.. Cuba je la tahan marah dan tak terkeluar perasaan tu kat insan yang "bertuah" tu.

Bagi sesetengah orang yang cepat terasa lagi la hati dia cepat menggelabah. Mungkin hati dia lagi cepat alert dengan apa orang kata dan dia akan terasa.. Mak aihh susahnya kan.. Tapi nak buat macam mana, dah dia dilahirkan dengan sensitiviti yang tinggi. Cepat terasa dan mungkin sampai mengalirkan air mata. Dia akan cuba memuaskan hati semua orang sehinggakan mungkin ada yang menggunakan dirinya. =,=

Biasa la kita sebagai manusia, kena la jaga perasaan orang lain. Mulut tu kena jaga la jugak. Cakap  jangan terlalu cakap lepas je. Ada sesetengah orang memang kebal sikit bila kita cakap pape pun dia tak mudah terasa, tapi bagi yang hati yang cepat menggelabah tu, faham-faham je la. Korang cakap sikit pun dia cepat la terasanya yer.. So korang pun dah besar, pandai-pandai la jaga hati masing-masing yer.☺

Nasihat : Mungkin kita tak boleh jaga hati semua orang tapi jangan sampai bila kita terlalu jaga hati semua orang, hati kita yang tak terjaga pulak. So renung-renungkan dan selamat beramal

i HEART my friends ♥





p/s : Entri ni takde kena mengena dengan sesiapa yer. Sekadar sharing session bersama :) Beberapa hari FS menyepi sebab terlalu busy dengan tanggungjawab sebagai pelajar dan untuk event di UTP. Rindu kepada blog membuak-buak..Hehehe

9 comments:

.:rizaL:. said...

mmg xleh jg hati semua org

Tasha said...

betul ckp rizal

farasakura said...

@.:rizaL:. yuppp

farasakura said...

@Tasha :))

Qaseh dalia adelia said...

jaga lah hati sendiri bila cuba untuk menjaga hati org lain ~ kelak nnt hati bernanah dan membengkak tanpa sedar

farasakura said...

@Qaseh dalia adelia betul2 :) ^^

farasakura said...

@Qaseh dalia adelia betul2 :) ^^

Tasha said...

betul ckp rizal

Qaseh dalia adelia said...

jaga lah hati sendiri bila cuba untuk menjaga hati org lain ~ kelak nnt hati bernanah dan membengkak tanpa sedar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...