Kehilangan Kali kedua

Perasaan yang telah mati dan berkubur
Telah sekali lagi diusik
Hati menerima
Tetapi sekali lagi kesilapan yang sama berlaku
Akukah yang bersalah


Aku memohon seribu kemaafan
Andainya ada kekhilafan
Namun tiada satu pun berjawab
Tiada satu panggilan diangkat
Tiada satu mesej dibalas
Hati mulai risau
Adakah perkara yang sama berulang kembali
Aku akan kehilangan
Aku mengeluh sendiri

Tiba-tiba satu pesanan sampai tatkala aku menaip entri ini
Satu kelegaan di hati
Menangiskah aku

Namun
Hanya aku yang tahu
Apa erti kehilangan
Dan aku tak sanggup untuk kehilangan lagi

Untuk kali yang kedua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...