Neraka vs Syurga, mana satu pilihan kalbu

Salam alaik...


Apabila terlalu buruk amalan kita di dunia ini, maka ke sanalah kita mungkin akan pergi.. Nauzubillah.. Jauhkanlah kita...Beristigfarlah banyak-banyak k..

FS nak kongsi info pasal neraka dan syurga yang mana FS dapat dari sharing session event yang FS masuk.. FS rasa sangat berguna untuk kita semua. Sekarang ni kita tengok banyak orang Islam yang murtad terutamanya. Mungkin kita tak nampak tapi hakikatnya begitulah... Ada juga yang telah terpesong akidahnya. Nauzubillah.. Takutnya bila kita fikir..

Mari kita mulakan dengan tempat yang azabnya sangat tak terbayangkan oleh manusia. Bila fikir, memang seram sejuk la tubuh ni...

NERAKA !

- Ada 3 Peringkat kejadiannya --> 1000 tahun dibakar sehingga berwarna merah
                                               --> 1000 tahun dibakar sehingga berwarna putih
                                               --> dibakar sehingga sekarang sehingga berwarna hitam legam

- Neraka masih lagi dalam pembinaan sehingga sekarang hanyalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah dan betapa azabnya neraka. Allah S.W.T. boleh sahaja menyiapkan neraka dalam sekelip mata, namun Allah mahu kita lihat betapa azabnya neraka.. Nauzubillah

- Neraka Jahannam
   Terdapat 7 Pintu --> 70 000 Gunung --> 70 000 Lereng --> 70 000 rumah
   
   Setiap rumah --> 70 000 bilik --> setiap bilik ada 70 000 kotak
   Setiap kotak ada 70 000 batang buah zarqum
   Setiap pokok ada 70 000 ular
   Setiap ular 70 hasta dan mulutnya mengandungi racun yang hitam pekat
   Setiap di bawah pokok zarqum ada 70 000 rantai

   Setiap rantai diseret 70 000 malaikat

- Banyak lagi yang FS xceritakan... tapi kita dah boleh bayangkan betapa azabnya penghuni tempat ini..Mari kita pergi lihat tempat yang terlalu indah

SYURGA !

- Terdapat 8 pintu syurga
- Terdapat sungai yang mengalir dan airnya terdiri daripada air yang boleh diminum termasuk arak bahkan arak itu lebih enak dari arak dunia
- Lelaki akan dilayan oleh bidadari dan perempuan akan dilayan oleh khaldun
- Dari syurga kita boleh lihat orang yang diazab di neraka
- Banyak lagi la keindahan syurga yang mampu digambarkan betapa hebatnya kuasa Allah

Doa : Ya Allah, jauhkanlah aku daripada azab neraka mu dan dekatkanlah aku dengan syurgamu.. Aminn
Sekiranya kita berdoa 3 kali dimasukkan dengan syurga maka syurga akan mendoakan kita supaya dimasukkan ke dalamnya

Sekiranya kita tidak berdoa 3 kali untuk dijauhkan daripada neraka, maka neraka akan mendoakan supaya kita dimasukkan di dalamnya..

Wallahualam..

p/s : kalau ada yang salah, sila bagitau yer..Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...