Rahsia Mimpi --> Adakah mainan tidur semata-mata ...atau ???

Buka setiap hari ketika kita tidur, kita akan dapat mimpi. Dan setiap kali kita dapat mimpi itu tak semestinya mimpi yang menyeramkan atau mimpi yang menggembirakan. Kadang-kadang dalam diri kita bertanya, apa maksud mimpi tersebut. Adakah tidurmu diganggu syaitan ? Ataupun mimpi mendapat ilham dari Yang Maha Berkuasa.

Semua umat Islam pasti tahu kisah bagaimana keluarnya syaitan ke syurga, dan betapa angkuhnya dia sehingga dikeluarkan dari tempat yang paling indah di alam semesta iaitu SYURGA. Dan tugasnya di dunia sejak zaman Nabi Adam sehinggalah hari kiamat adalah untuk menyesatkan manusia. Namun ada segelintir manusia yang masih lagi tidak sedar akan hakikat ini.

Terdapat sesetengah mimpi yang datang daripada syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Jadi sebagai umat Islam kita seharusnya dapat membezakan yang mana mimpi yang baik dan buruk kepada kita. Sebagai manusia biasa, agak sukar untuk kita menafsir mimpi kita sendiri. Tapi farasakura pernah tengok rancangan Wanita Hari ini kalau tak salah, kalau kita bermimpi dan terjaga, perkara yang harus kita buat ialah

1. Membuka tafsir (mana-mana muka surat-random je)
2. Jari menunjukkan kat mana-mana ayat (random je )
3. Tengok ayat mana yang anda tunjuk
4. Lepas tu baca tafsir ayat tersebut

InsyaAllah jawapannya ada pada ayat tersebut...

Mimpi seringkali dikaitkan dengan mainan tidur, namun kita sendiri pun tak pasti... Dan beristikharahlah kepada Allah jikalau mimpi tersebut membuatkan kita teringat-ingat tentangnya dan menyebabkan kita dalam keadaan tak stabil dan mungkin menyebabkan kita rasa takut dan gelisah..

Wallahualam..

2 comments:

cempakakuning said...

As salam.
Sis nak tag ga ni.harap2 sudi ye.
Letak cempaka kuning sebagai referral ye.tq

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html

cempakakuning said...

As salam.
Sis nak tag ga ni.harap2 sudi ye.
Letak cempaka kuning sebagai referral ye.tq

http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...