Sepi Sepi Seketika..daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali..

Salam alaik korang  ♥....

farasakura kat rumah nih.. Alhamdulillah dapat jugak balik rumah masa cuti-cuti nihh.. Yeay ! Tapi macam biasa lah bila kat rumah apa lagi jadualnya.. Pack la dengan nak jaga budak kecik anas tu.. Haaa yang masih baru dalam blog farasakura ni, anas tu adik farasakura yang kecik sekali.. Hahaha dia sangat diminati oleh kawanku Cik Nab.. Adoyaiii dah jatuh cinta ye Cik Nab ??

Sebenarnya dalam hati ni, banyak sangat idea nak curah dalam blog tapi nak simpan dulu.. Hehehe

Sebelum tu, farasakura nak bagi satu cerita sedih.. Senior UTP farasakura, accident dan seorang telah meninggal dunia. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah. Kemalangan tersebut berlaku kalau tak salah kat jalan menuju ke Gua Musang. Ada kereta yang gagal kawal kereta dia dan termasuk jalan diaorang. Senior tersebut dah final year dah.. Sedihnya rasa..Namun begitu, farasakura tetap bersyukur sebab tiga yang lain selamat.

Farasakura agak seriau sikit bila dengar pasal kemalangan-kemalangan ni. Rasa macam takut gila.. Dah la sehari sebelum tu, farasakura naik kereta dengan kawan yang baru bawak kereta, jantung macam nak luruh je sebab dia bawak laju-laju.. Huu takut gilaa...

Hari ni farasakura bawak moto, tapi dalam hati tu gila la berdebar-debar je.. Tak tahu la kenapa. Risau je kalau farasakura pulak yang accident. Wuwuwuwu hati ni beristighfar je la. Semoga Allah tenangkan hati farasakura balik. Yela banyak benda yang kita tak sangka boleh jadi, jadi kan.

Farasakura tengok berita tadi pasal Tsunami kat Jepun tu... MasyaAllah 10 meter tsunami tu.. Harap-harap la tak kena kat Malaysia.. Hati-hati la tau korang. Jangan pergi tempat-tempat berair ke pantai ke mana-mana. Lagi satu jangan la pergi air terjun ke sungai ke. Wabak kencing tikus dah merebak.. Mintak dijauhkan la kita kan..

InsyaAllah sama-sama la kita doakan semoga kita sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

p/s : Al-Fatihah kepada senior farasakura. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminn

5 comments:

Nur Liyana said...

yana selalu dgr pasal budak utp accident..huhuh
ada satu kwn yaan nie, abg dia accident..abg dia budak utp..abg dia langgar lembu sebab jln ke utp kn ada lembu melintas byk..huk3

kita perlulah ingat saat kematian nie kan?
agar kita tau adakah kita bersedia atau tak?

huhuhu

jemput ke blog yana!!!

farasakura said...

@Nur Liyana setiap yang terjadi, dah tertulis di loh mahfuz..

KUCINGrilek said...

aku de dgr gak pasal kmlgn tu..ade dalam paper

farasakura said...

@KUCINGrilek ye eh..paper mne eh?huhu dah ajal..

farasakura said...

@KUCINGrilek ye eh..paper mne eh?huhu dah ajal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...