Hobi turun temurun sejak zaman budak-budak ♥

Kalau orang tanya pasal hobi lah kan, jawapan memang senang :  

MEMBACA

Kalau orang tanya pasal buku kegemaran, jawapan lagi senang  :  

NOVEL

Tapi kalau korang nak tahu, hobi farasakura yang paling bagus yang sentiasa tersemat di kalbu dan sanubari ku ...................

1. Saya suka pinjam buku kat semua tempat yang boleh pinjam (tak kira lah apa nama dia, Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan, IRC, Pustaka, dll )

2. Saya mesti akan lupa nak pulangkan buku tu tepat pada masanya atas sebab-sebab tertentu dan selalunya sebab yang tak munasabah la kan

3. Kebanyakkan buku yang dipinjam, mesti kena bayar denda sebab lewat hantar (10 sen sehari..HAHA dah hafal dah berapa kena bayar ni)

4. Paling teruk, kalau buku tu hilang dan konfemla kena ganti kan kan (pernah la sekali.. HIHI habis la duet eden kena kebas)

5. Dan saya akan serik untuk meminjam untuk beberapa ketika, insaf la seketika (bagus-bagus-bagus)

6. TAPI, Tak lama kemudian,  langkah 1 hingga 5 akan diulang dalam beberapa bulan selepas itu.. HAHAHA

Perangai yang sangat bagus, dan dah jadi turun temurun lah benda ni.. Mula dari sekolah rendah sampailah masuk universiti pun.. HAHA yang paling penting ! Farasakura tak pernah lepas dari membayar denda lewat pulang buku hampir setiap tahun. LOL la banyak-banyak kali pun... Saya tak kisah ^___^

Inilah kisah hobi turun temurun saya.. Haa banyak lagi menanti
paling bagus, saya suka pinjam buku banyak-banyak..HAHA bacanya belom tentu :P
 p/s : Jahh ohh jah..bilo ko nak insaf ni.. =,=

4 comments:

Qaseh dalia adelia said...

hihi qaseh lak suka hantar awal2

farasakura said...

@Qaseh dalia adelia hehe beza lah kite yerr XD

farasakura said...

@Qaseh dalia adelia hehe beza lah kite yerr XD

Qaseh dalia adelia said...

hihi qaseh lak suka hantar awal2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...