Andainya aku seperti dia

Salam alaik...

Entri yang penuh dalam kesedihan....Lebam kat mata pun tak hilang lagi...ngeee betullah orang kata, hati perempuan memang mudah tersentuh dan FS memang seorang terlalu cepat tersentuh dan mengairkan air mata..

Sebab apa ? Korang rasa apa yer?? Kepala pun dah rasa pening-pening sebab terlalu banyak nangis kot.. Ngeee sedih sangat ke? Seriously memang sedih gila...

Mungkin FS antara orang yang terlambat tapi tak kisah la...Ngeee jangan gelakkan saya okeh :)

Hari ni FS habiskan tengok cerita 1 Litre of Tears.. Cerita ni kalau siapa yang pernah tengok memang korang tahu la betapa sadisnya kisah dia ni... Sangat sangat sangat sedih ! Memang penat la asyik nangis je tengok cerita terutamanya da nak episod akhir-akhir..

Kesungguhan gadis itu dalam mengharungi hidupnya dan keluarga yang sentiasa ada di sampingnya.. Kerenah kawan-kawan yang pelbagai ragam dan lelaki yang memang menyukainya membuatkan FS sangat tersentuh.. Mata pun da merah nanges-nanges tengok cerita ni.. Ngeee

Dan cerita ini daripada kisah sebenar yang berlaku... Kalaulah FS di tempatnya, adakah FS setabah itu?

Seriously siapa yang belom tengok, tengoklah..Kisah ketabahan gadis ni dan keluarga dia.. Banyak buat FS sedar tentang hidup ni.... Masih terbayang lagi kesungguhan dia...

Pengajaran : Walau apa pun yang terjadi, kita kena tabah.. FS kagum tengok dia sentiasa tersenyum walaupun banyak perkara berlaku T________________T


p/s : thanx kat seseorang yang asyik suruh FS tengok cite ni :)

2 comments:

shiema sufian said...

shiea suke ini. suke sangat sangat. the best ever lah. kawan baik shiema hadiahkan untuk shiema cter nieyh :')

farasakura said...

@shiema sufian samela ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...