koleksi sekolah yang terindah :)

Assalamualaikum..

Kadang-kadang bila dan lama tinggal zaman sekolah ni,mula la teringat nostalgia dulu-dulu zaman sekolah. Tak kira la taska, tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah semua ada kenangan masing-masing yang masam manis :)

Bagi FS, FS bertuah sangat sebab dapat alami pengalaman banyak sekolah sejak kecil lagi. 8 tempat dah FS rasai sejak taska lagi.. Yeahh dari Pahang menuju ke Perak :)

Cop2 kena pakai kalkulator ni nak kira taun sekolah... Hahaha adoiih =,=

1995 Taska kat Pahang

1996 Tadika kat Pahang

1997 Tadika kat Kati

1998-2001 SK Sultan Idris II

2002-2004 SK Talang

2005 SMK Raja Muda Musa

2006-2007 SMK Raja Perempuan Kelsom

2008-2009 MRSM Lenggong

Yawww FS pegi dua tadika sebab tadika yang first masa tu FS kat kampung FS la kat Pahang. Kakak FS yang tua setahun pergi la tadika so FS ikut atuk dan nenek pegi hantar my sis pegi tadika. Nenek FS cerita FS mengamuk jugak nak pegi tadika,tak nak balik rumah. HAHAHA hadoii segan bila dapat tahu tapi takpe la :) Maknanya saya memang suka belajar.. Hihihi ♥

Banyak sekolah yang FS pernah pergi so banyak la perkara yang FS belajar kat setiap sekolah yang FS pergi.. Yela time kecik-kecik tak ingat sangat la tapi pengalaman waktu sekolah rendah sampai menengah ada la yang ingat.. Heeeee

Semua sekolah memang FS enjoy la sebab ramai kawan yang awesome dan of course FS rindu dengan semua yang baik dan memang rapat dengan FS. Rindu korang sangat :) Yeahh FS nak scan gamba sekolah rendah FS.. Hihih gambar sekolah menengah nanti FS kobek kat MySpace.. dah lama tak online Myspace kan.. Hehehe

Tapi kawan kat u tak sama macam kawan kat sekolah, yeke? Ntah la.. Hahaha tapi pengalaman kat u dengan sekolah memang jauh berbeza dan suasana memanglah berbeza kan. Kat u lebih free berbanding dengan sekolah dengan peraturannya lagi pengawas lagi HIHIHI perkara yang paling kita nak elak ialah jumpa pengawas kan.. Haha bila kat UTP ni perkara yang paling nak elak ialah berjumpa dengan pak guard yang nak saman orang.. Hailoo haha

Tak kira la kat mana pun kita belajar, suatu hari bila kita dah habis belajar mesti kita akan rindukan zaman belajar. Tak de la rindu subjek2 yang membuatkan kita frust tu kan HAHA tapi rindu kawan-kawan, suasana,   cikgu2, lecturer :) Yelaa pengalaman masam manis itu indah. Yeahh i love my schools and my university :)

Thanks guyz :) The memories is irreplaceable ♥

hailoo ni je yang jumpa HAHAHA :D

p/s: nantilah malam ni nak cari lagi gambar-gambar lain #takdekeje ;D lalalalalalaa

2 comments:

♡žuℓäiķнä Ãïƒαн♡ said...

babe aku melawat myspace ko hari tuh ! hahaha

farasakura said...

@♡žuℓäiķнä Ãïƒαн♡ dah banyak benda hilang dohhh =,=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...