Pelajar abai tajaan ?biar betul !

JERTIH: Ramai pelajar tajaan kerajaan Terengganu gagal menamatkan pengajian di Asia Barat, khususnya Mesir selepas memberi tumpuan terhadap kegiatan politik akibat terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata laporan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang melawat Mesir baru-baru ini mendapati ada pelajar tajaan Yayasan Terengganu (YT) ponteng kuliah untuk kegiatan lain.
"Ini adalah pengkhianatan serius kepada kerajaan negeri, sekali gus menunjukkan ada pihak tertentu yang tidak berminat membangunkan generasi berilmu, malah sanggup meracuni fikiran mereka dengan menyampaikan maklumat yang tidak tepat hingga menyebabkan pelajar terpengaruh, katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan 569 e-Book kepada murid Tahun Empat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di dewan Sekolah kebangsaan FELDA Selasih di sini, kelmarin.

Katanya, kerajaan negeri mengetahui beberapa pemimpin pembangkang yang pergi ke Mesir dan mengadakan pertemuan dengan pelajar dan mengambil kesempatan mempengaruhi mereka dengan isu-isu politik serta memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, pengaruh disebarkan di Mesir memang serius hingga menyebabkan pelajar di sana terikut-ikut dengan rentak pembangkang hingga tidak menghiraukan pelajaran dan membuang masa dengan berpolitik.

Katanya, apa yang lebih menyedihkan ialah ada kumpulan tertentu yang cuba mempengaruhi pelajar tajaan kerajaan negeri sebaik saja mereka sampai di Mesir.
"Sebab itulah kerajaan Terengganu membeli dua asrama di Mesir sebagai usaha (mengelak) pelajar tajaan kita dipengaruhi kumpulan ini sekiranya dibiarkan bercampur gaul tanpa had," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, berikutan dakyah disebarkan pembangkang, ada antara pelajar anak negeri yang sudah tinggal antara 10 hingga 12 tahun tetapi belum memperoleh ijazah kerana sibuk dengan berpolitik.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri memilih negara lain seperti Jordan dan Maghribi untuk menghantar pelajar tajaannya pada masa depan kerana sistem pembelajaran yang diamalkan di negara itu bersesuaian dan jadual kelas pengajian padat.

Ketika ini, ada lebih 300 pelajar Terengganu yang belajar di Mesir menerusi biasiswa Yayasan Terengganu dan dana persendirian. 

sumber : berita harian

------------------------------------------------ 

Bagi FS sekiranya perkara ini betul-betul berlaku sangatlah mendukacitakan. SEBAB ingat senang ke nak dapat biasiswa sekarang ni oii.. Ramai lagi yang nak sangat biasiswa dan melanjutkan pelajaran ke luar negara tapi orang yang dapat biasiswa ni sia-siakan pulak.. Hailooo harap sangat perkara ni tak berlaku dan takkan berlaku. Kepada semua parti politik jangan la terlalu nak obses sangat dengan parti anda tu,berpada-padalah. Jangan sampai menganggu pelajaran anak-anak muda yang merupakan bakal pewaris negara.

Thanks :)

4 comments:

Azie Azman said...

org bagi biasiswa suruh belajar pegi berpolitik pulak..haih..macam-macam

farasakura said...

@Azie Azmanbetul3!

Ila said...

betul tu,apa kata gi belajar dulu..dah abis ni gi lah main politik tu

farasakura said...

@Ila yupp..fokus la dlu study sbb org dah taja hailoo bazir duit rakyat jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...