pelajar semakin ketagih fb

Assalamualaikum...

Isu sekarang yang makin hott diperkatakan ialah "pelajar-pelajar di Malaysia ketagih facebook". Kenapa agaknya isu ini boleh timbul ? Yaa kita pun boleh lihat budak tadika pun dah pandai guna facebook !

Sebelum itu, jom kita tengok buruk dan baik fb ni dulu okeh :)

1. Baiknya fb sebab kita boleh berkomunikasi dengan kawan kita terutama yang jauh tanpa masalah
2. Baiknya fb sebab kita boleh kongsi banyak ilmu-ilmu dan fakta-fakta yang sahih kepada orang ramai
3. Baiknya fb sebab kita akan sentiasa di-update isu semasa dengan hanya melihat status orang lain
4. Baiknya fb sebab kita boleh promosi atau beli barang online dengan mudahnya
5. Baiknya fb sebab ??

Haaa ape lagi yerr ?? Jom tengok contrast dulu 

1. Buruknya fb sebab kita akan membuang masa berjam-jam menghadap komputer dan layan facebook
2. Buruknya fb sebab kita mungkin kenal dengan orang yang tak dikenali dan berniat jahat
3.  Buruknya fb sebab kita akan leka dengan fb dan tak hirau perkara lain
4.  Buruknya fb sebab terlalu banyak game dan akan menyebabkan kita ketagih untuk main setiap hari
5.  Buruknya fb sebab ????

Banyak isu yang boleh timbul berikutan pelajar ketagih fb. Kadang-kadang kita mesti pelik macam mana la budak kecik pun boleh tahu pasal facebook ni kan.. Hailoooo takut mereka terpengaruh dengan perkara -perkara yang tak elok dan paling risau bila diaorang ketagih main game kat fb. Farmville, Cafe World adalah antara game yang boleh buat kita ketagih setiap hari untuk online dan main game tersebut.

Bagi FS banyak baik dan burukya facebook ni tetapi bagaimana kita kawal penggunaannya sendiri. Ibu bapa sendiri perlu kawal penggunaan anak masing-masing terutama yang masih bersekolah. Banyak pengaruh negatif yang mungkin terdedah kepada anak-anak anda. Tengok apa yang mereka buat dan kawal masa penggunaannya. Mungkin sehari sejam-dua jam. Biar masa selebihnya untuk belajar. Kita lihat pelajar lebih suka menghabiskan masa untuk online fb daripada mengulangkaji pelajaran. hailooo tak elok macam tu

Kat sinilah pentingnya peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak anda daripada ketagih fb dan menggunakan masa dengan baik.

Ok lah itu ajer :) Thanks ♥

2 comments:

shiema sufian said...

haha. tai keburukannye lebih diamalkan berbanding kebaikkannya :)

farasakura said...

@shiema sufian betul3..130% agree!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...