Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung Malaysia) Tahun 2012 dibuka !

Assalamualaikum....

Kepada semua adik-adik yang sedang ambil PMR tahun ni --> 2011 ataupun kakak,abang,mak,ayah ke sape2, permohonan untuk ke MRSM dah dibuka semalam (3 Oktober 2011), so kepada sesiapa yang nak mohon sila ke laman web kat bawah ni yer...


Tarikh tutup permohonan : 20 Oktober 2011

Untuk maklumat lanjut, sila ke pejabat MARA yang berhampiran ataupun pergi website MARA :) 


Okey, sebelum  itu FS nak bagitau la kelebihan-kelebihan kalau korang masuk MRSM. Bagi FS semua sekolah semua bagus cuma diri kita sendiri je yang nak usaha ke tak supaya berjaya kan kan. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya ye tak :) FS adalah ex-MRSM student so ada la serba sedikit pasal MRSM yang FS boleh kongsi..

Yeah kehidupan kat MRSM sangat best. Mungkin suasananya agak berbeza dengan sekolah berasrama penuh atau sekolah harian biasa. Setiap sekolah mesti la ada kelebihan masing-masing kan kan :) Selalunya akan ada pertandingan atau karnival yang dibuat antara MRSM sahaja contohnya yang FS pernah pergi Karnival Matematik.. Sangat best! Boleh pergi MRSM lain dan belajar sesuatu yang baru.. Kenal kawan-kawan dari MRSM lain. Banyak la pengalaman yang best FS dapat bila masuk MRSM nih :)

Yang paling FS suka sebab FS ni minat berniaga, so setiap MRSM ada Persatuan Usahawan Muda(PUM) dan setiap tahun semua PUM akan bersaing untuk PUM Karnival kalau FS tak silap, jadi banyak benda yang FS belajar bila masuk PUM ni. Sibuk tu memang la,sibuk berjual je.. Hehe ini lah suara-suara yang menjerit kat semua floor dulu.. Hahaha ;D kenangan2...

Ngeee aishh macam xde kene mengenenya pulak dengan adik2 yang nak masuk MRSM kan.. Hahaha aishh :P Ok lahh.. 

FS ucapkan semoga berjaya kat adik-adik yang sedang menduduki PMR tahun ni dan semoga dapat keputusan yang cemerlang.. Aminnn :) Dan jangan lupa isi permohonan untuk ke MRSM, Teknik,SBP,SMKA dan lain2 mengikut minat masing-masing okeh..

FS doakan semua berjaya mendapat apa yang dicita-citakan..

p/s: goodluck SIFE UTP untuk SIFE World Cup :) Go go sifers ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...