realiti yang meragukan

Assalamualaikum....

Mesti ramai yang dah baca akhbar pasal SPR siar 40 000 nama pengundi yang mengelirukan. Haishh macam mana la benda ni boleh berlaku.. Mesti ramai suka buat spekulasi sendiri kan berkaitan hal ni.. Mungkin ada jugak yang akan menyalahkan pihak tertentu yang mungkin bersalah atau tidak.

Bagi FS, perkara sebegini tak sepatutnya berlaku sebab akan meragukan orang ramai terutamanya bila nak dekat PRU 13 ni mesti semua parti politik akan cuba mempertahankan parti masing-masing kan. Semua ada agenda tersendiri yang mungkin baik dan mungkin sebaliknya. Hailoo

"Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya. "

Banyak spekulasi yang mungkin keluar dari mulut rakyat ditambah akan isu "pengundi hantu" setiap kali pilihan raya kan. SPR menjawab mereka memerlukan masa lebih 2 tahun untuk menyelesaikan hal ini.. Fuhh agak lama tu, tambah2 nak dekat pilihan raya ni...
a
Di harap supaya SPR dapat selesaikan hal ini secepat mungkin dan hal ini diteliti secara halus dan mendalam supaya tak terjadi lagi hal sebegini.

Tak kiralah bila pun PRU 13, diharap supaya pilihan raya itu akan diadakan secara aman tanpa sebarang rusuhan atau perkara yang tak sedap didengar. Bagi FS, hentikanlah mengutuk satu sama lain dan cari salah orang lain,makin parah adalah.

Biarlah rakyat Malaysia menghadapi pilihan raya yang bersih dan sihat :) Dan kepada bakal-bakal calon yang nak bertanding, bertanding secara sihat la yer. 

Itu aje. Adios !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...