♥ COSMODERM PENYERI HIDUPKU KINI ♥

Salam dan hai,

Dah lama rasanya tak menulis blog ni. Kemalasan tahap maksima sebab dah tahun akhir kononnya :P

Okay la. FS nak promote produk yang baru FS pakai ni ----> COSMODERM VITA E SERIES!

Sebelum ni FS pakai produk Syurah berkesan jugak tapi tak nampak sangat perbezaan kat kulit. TAPI lepas FS cuba Cosmoderm Vita E Series ni, alhamdulillah kulit rasa cam makin lembut je :)

Okay kalau korang nak cuba produk Cosmoderm Vita E Series ni boleh cuba dengan Cleanser, Toner, Moisturizer dan paling FS galakkan beli adalah Exfoliant!


Cleanser
Toner

Toner
Exfoliant

Exfoliant
Moisturizer

Moisturizer

Tak ramai tahu yang penggunaan Exfoliant sangat penting untuk membuang sel-sel mati kat kulit. Jadi kulit kita akan lebih bersih dan berseri setiap hari. Yeay :) Blackhead FS pun makin berkurang tapi kena usaha lebih lagi hiks.

Cosmoderm ada 3 jenis set untuk jenis kulit yang tertentu seperti:

TEA TREE SERIES - untuk kulit yang berminyak dan dan kulit kombinasi

VITA E SERIES - untuk kulit normal kusam,kering,berparut

GENTLE SERIES - untuk kulit yang sensitif dan kering

Sebelum anda nak beli apa-apa produk pun, diri sendiri kena tahu apa jenis kulit anda. InshaAllah next post FS akan terangkan pasal jenis-jenis kulit supaya korang semua lebih faham.

Nasihat FS, jagalah kulit anda sementara kulit masih muda jelita. Dulu FS pun takde la rajin sangat nak pakai produk full set macam ni, tapi FS cuba istiqamah sebab nak jaga kulit :)

Sayangilah kulit anda! Kerana dirimu begitu berharga ♥

Untuk tahu maklumat lebih tentang Cosmoderm ni, boleh pergi website dia -> http://www.cosmoderm.com.my/

Love,
FS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...